Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Kickdefella menfitnah Tuan Guru - Big Sweeps halal di Kelantan

Saya ingin meminta kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan akan fitnah Kickdefella pada tulisan terbarunya di artikel - Judi: Siapa Untung Siapa Rugi. Yang jelas mengfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghalalkan loteri Big Sweeps beroperasi di Kelantan.

Kerana di dalam artikel tersebut menyebutkan,
"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam." - Kickdefella
Tulisan beliau seolah-olah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Big Sweeps ini berlaku. Padahal perkara tersebut adalah suatu fitnah yang nyata. Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah membenarkan Big Sweeps berlaku dan saya percaya ia beroperasi secara haram.

Jika beliau mengetahui operasi Big Sweeps ini maka beliau adalah bersama-sama mereka. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa samada BRI ataupun pihak polis kerana jelas, operasi itu adalah haram.

Dan satu lagi tuduhan fitnah beliau kepada Kerajaan Negeri Kelantan ialah,

"Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?"- Kickdefella

Ini adalah satu tuduhan fitnah yang tidak disertakan bukti yang nyata, jika benar tuduhan ini saya mencabar Kickdefella ataupun sesiapa sahaja yang bersama dengannya untuk membuktikan perkara ini.

Mengenai perihal arak yang dibangkitkan oleh Kickdefella, saya ingin memetik artikel yang ditulis oleh Mohd Termizi yang menjelaskan,

Kaedah dan peraturan penjualan arak

Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.

Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat.

Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.

Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam.

Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza.

Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah.

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.

Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.

Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.

Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.

Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.

Artikel penuhnya di - Cadangan kawal jualan arak

Sibuk - Perlu masa

Sudah lama tidak bersiaran, mengambil sikap membaca sahaja kerana diri ini terlalu sibuk dengan tugasan harian. InsyAllah akan kembali bersiaran secepat yang mungkin.

Bercuti - Sibu

Saya berada di Sibu sekarang, dan teramat susah untuk online. Saya tidak gemar menggunakan telefon saya untuk menulis blog. Oleh itu saya bercuti daripada menulis sehingga selesai kerja-kerja di Sibu.

InsyAllah Pakatan Rakyat melalui DAP akan memperolehi kemenangan di Sibu. Doakan.

Penyebar maklumat jahat ke neraka - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Nasharuddin jawab Kickdefella - Tiada maklumat GMC


Kickdefella terus senyap, kelu dan seolah-olah tidak dapat berbicara apabila Dato' Paduka Husam menjelaskan perihal RM 4 juta. Kenapa? lawanlah kalau Husam salah, Kickdefella berdiam diri menunjukkan beliau tidak dapat berhujah untuk melawan hujah Husam.

Kickdefella cuba mengheret Ustaz Nasharuddin dalam kancah fitnahnya itu, namun Ustaz Nasharuddin telah menjawab,
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berpendapat selaras sepertimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha parti itu, Dato' Mustafa Ali bahawa PAS diperingkat Pusat mahupun negeri tidak mempunyai maklumat mengenai penubuhan syarikat berkenaan dan sumber kewangan RM 4 juta yang dikatakan oleh penulis blog, Kickdefella. - Ann

Kickdefella menuduhnya,
Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya. - Kickdefella
Ustaz Nasharuddin menjawab,

Walaubagaimanapun, beliau tidak menafikan pernah menghadiri dalam satu majlis penerangan ataupun temubual yang telah diadakan sepertimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan sempena menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu di Kota Bharu. Nasharudin turut memaklumkan bahawa pengetahuannya terhadap syarikat itu hanya sekadar untuk mempromosi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pilihanraya sahaja.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau sama sepertimana memenuhi undangan-undangan yang dijemput oleh agensi-agensi media bagi tujuan kempen seperti BBC, CNN, Channel News Asia dan media tempatan yang lain. Ia juga sebahagian daripada praktis untuk menjawab apa jua soalan yang dikemukakan oleh media mengenai parti dan pilihanraya. - Ann
Saya ternanti-nanti jawapan Kickdefella dan juga ternanti-nanti jawapan daripada blogger-blogger lain yang ingin mempertahankan Kickdefella. Anda pertahan Kickdefella secara automatiknya anda adalah musuh saya.

Husam jawab kickdefella - Nafi RM4 juta [video]

Sila dengar sendiri, apakah tajuk artikel Kickdefella - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta menepati ataupun tidak.



Harakah Daily telah melaporkannya sebelum ini, namun isi video lebih menarik daripada artikel ini,
RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya - Husam
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.

Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.

Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.

Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.

“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.

Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan.

“Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.

Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar.

“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.

Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.

“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.

Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.

“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.

“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.

Kerana itu, tamabhnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.

“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi. - Harakah Daily

Kickdefella & Tulang Besi berpakat menghancurkan PAS

Saya pelik dengan entri Kickdefella yang terbaru - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta. Dan juga saya pelik dengan entri Tulang Besi - Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?. Mereka mempunyai persamaan dan meneruskan agenda untuk menghentam PAS.

Kickdefella - Seolah-olah beliau begitu takut kepada Husam Musa sehinggakan beliau tidak menjawab, kickdefella hanya copy & paste part yang tidak menghentam dirinya. Dan seolah-olah beliau tidak tercabar dengan cabaran Husam yang mengatakan RM4 juta itu fitnah, sepertimana dilaporkan di dalam Harakah Daily.
“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi. - Harakah Daily
Sebaliknya Kickdefella memuji Husam dengan menyatakan,
Terima Kasih YB Dato’ Haji Husam Musa di atas penjelasan itu. Sekarang Husah sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS. Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 Juta untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, kemanakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan? - Kickdefella
Saya hanya ingin bertanya,

1) Apakah Kickdefella sudah mula takut? Kerana Husam Musa sudah memberi respon balas tentang isu RM4 juta.
2) Apakah Kickdefella merasakan takut, kerana bila-bila masa sahaja Husam Musa akan mendedahkan apa sahaja yang telah dilakukan Kickdefella semasa berada di GMC, samada kebaikan mahupun penyelewengan yang berlaku.

Soalan saya tersebut tercetus apabila melihat akan kenyataan Kickdefella,

Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?

Mungkin Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan dan Mohamad Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan mahu mencabar blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua. - Kickdefella

Berdasarkan kenyataan tersebut, melihatkan Kickdefella cuba mengalihkan ketakutannya terhadap Husam Musa sehinggakan beliau sanggup menuduh pemimpin lain tidak berjasa kepada PAS, dan tidak berjasa dalam usaha untuk menjatuhkan UMNO.

Begitu juga dengan Tulang Besi, dia menampakkan kesepaduan isu dengan Kickdefella, tiada usaha untuk menghentam Kickdefella akan tetapi lebih banyak usaha untuk menghentam pimpinan PAS dan cuba sebolehnya untuk memporak-perandakan PAS. InsyAllah, cita-cita mereka tidak akan berjaya. Sebaliknya merekalah akan terlaknat dengan tindakan mereka.

Mengenai kenyataan Tulang Besi ini,

Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi. - Tulang Besi
Dan juga dengan kenyataan yang menghina ulama ini,
Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak? - Tulang Besi
Saya bercita-cita untuk mendengarkan dakwaan ini sekali lagi di Padang Masyar, di hari pengadilan nanti. Kenyataan yang mengandungi maklumat jahat ini pasti tidak akan terselamat di hadapan Allah nanti. Tulang besi dan sesiapa sahaja, hati-hati dalam menyebarkan maklumat.

Bagi kenyataan ini,
Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab. - Tulang Besi
Saya ingin menjawab,

Ulama' yang sebenarnya bergantung kepada Allah semata-mata untuk melindungi mereka, hanya kepada Allah sahaja mereka bergantung untuk terselamat daripada fitnah blogger-blogger celaka seperti Tulang Besi. Ulama' tidak perlukan kami. Akan tetapi Allah memberi kami peluang untuk membela pewaris nabi, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menjadi pembela pewaris nabi ini, InsyAllah ganjaran daripada Allah lagi bernilai daripada mendapat ganjaran dari manusia.

Kickdefella terkucil apabila Husam mencabarnya


Saya gembira kerana - Isu RM4 juta: Husam buat penjelasan terbuka malam ini. Dan, saya akan berusaha untuk mendapatkan video ceramah tersebut. InsyAllah saya akan uploadnya di Facebook dan juga youtube sekiranya tiada orang yang tolong upload.

Ramai orang menyalahkan Dato' Husam akan perihal Kickdefella dan RM4 juta. Bagi saya, jika benarlah Dato' Husam terlibat dalam dana RM4 juta ini, saya mengucapkan terima kasih kepada dia kerana, beliau sanggup berhempas pulas mencari dana untuk melawan UMNO.

Kerja kita selaku ahli PAS dan juga Pakatan Rakyat adalah menghapuskan UMNO dari Malaysia ini, supaya PR dapat memenangi pilihan raya dan berjaya memerintah Malaysia. Jika dana RM100 juta sekalipun saya akan tetap bersama dengan Dato' Husam.

Mengapa perlu disokong? Kerana wang tersebut bukan diambil dari wang rakyat, sebabnya Kerajaan Negeri Kelantan telah menafikan penglibatan GMC dalam kerajaan dan juga PAS Pusat dan PAS Negeri Kelantan telah pun menafikan RM4 juta ini. Sekiranya berlaku rasuah, saya yakin dan percaya SPRM akan mencari mereka berlima, yang dikatakan oleh Kickdefella sebagai pemberi dana bagi GMC.

Kickdefella seharusnya menyambut cabaran Dato' Husam, supaya menyebut nama beliau jika benar-benar beliau terlibat dalam angka RM4 juta tersebut. Dato' Husam ada menyebut kepada Malaysiakini:
"Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. - Malaysiakini
Itu adalah cabaran Dato' Husam kepada Kickdefella, jika Kickdefella berani, sila sebut nama Dato' Husam di dalam blog beliau. Jika tidak, ternyata beliau adalah penakut. Kickdefella tidak berani berdepan dengan Dato' Husam, dia hanya berani memberi persepsi yang salah sahaja kepada Dato' Husam.

Syabas sekali lagi kepada Dato' Husam kerana membuat penjelasan secara terbuka. Mapuh UMNO!

Kickdefella & Blogger Celaka guna blog untuk merosakkan PAS


Apabila kami, blogger yang dikatakan 'Pro Ulama' dicop sebagai 'pondan' oleh Tulang Besi, tetapi saya berasakan tuduhan tersebut sepatutnya diberi kepada beliau kembali. Kerana, beliau dan kumpulan blog celaka mengambil sikap 'pondan' sewaktu awal-awal Kickdefella menyerang Tok Guru.

Kenapa kami dicop sebagai 'Pro Ulama'? Kerana kami mempertahankan keseluruhan pimpinan yang ada di dalam PAS, kami tidak mencerca sesetengah dan memuji sesetengah. Kami mengambil sikap untuk mempertahan setiap pemimpin PAS yang ada.

Kami tidak menghentam Kickdefella dalam masa sama menghentam pimpinan lain sepertimana dilakukan oleh Tulang Besi pada artikel - Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?.

Blogger celaka sepertimana kita tahu, Tulang besi adalah antara orangnya dan ada lagi, sepertimana yang disenaraikan oleh Penembak Babi,
Atas nama persepsi dan tanpa bukti-bukti jelaslah maka mereka ini telah;

1. Menghina Mursyidul Am - Syed Botak
2. Menghina Timbalan Mursyidul Am - Wan Ji
3. Menghina Presiden Pas - Adoka & Poji Black Metal
4. Menghentam Timb. Presiden - Pak Bakaq, Fakaq & the geng
5. Menghentam Setiausaha Agung Pas
6. Mencerca dan menuduh Pesuruhjaya Pas Selangor - Adoka, Poji & beberapa yang lain.. - Penembak Babi
Itu sudah jelas, akan tetapi kita mohon mereka semua berubah, berubah untuk melawan Kickdefella yang sememangnya musuh yang nyata. Akan tetapi mereka lebih seronok menyebarkan maklumat yang jahat kepada orang ramai tentang keburukan pemimpin mereka sendiri.



Sebagai contohnya semasa Kickdefella menyerang dengan kuat Tok Guru, Wan Ji mengambil sikap untuk menyerang Presiden PAS. Pak Bakaq dan Zainulfakar menyerang Timbalan Presiden PAS. Perisik Rakyat pula menterbalikkan gambar Ustaz Idris Ahmad, mengapa sedemikian rupa kurang ajarnya mereka?

Atas dasar apa? Hanya disebabkan maklumat yang tidak sahih dan kekurangan ajar mereka terhadap pimpinan-pimpinan ini. Apakah mereka menginginkan nama mereka bergema di muktamar nanti? Ini hanya akan memalukan mereka sahaja.

Berhati-hatilah dalam menyebarkan maklumat, dibimbangi maklumat tersebut adalah maklumat jahat yang semata-mata mahu menghuru-harakan PAS sebagai jemaah Islam.

Dalam kuliah jumaat yang lepas, Presiden PAS menghuraikan akan perihal maklumat yang jahat ini dan mengenai blog yang banyak menyebarkan maklumat jahat, saya merasakan ia sesuai didengar oleh blogger-blogger celaka tersebut.

Wahai blogger celaka, sila dengar dan hayati klip ini terutama Wan Ji, dengar kata Ustaz tapi buat tindakan macam bukan Ustaz macam budak-budak sahaja.

Sedutan kuliah mengenai maklumat jahat dalam blog, 5 minit lebih sahaja yang di sampaikan oleh Presiden di Rusila pada Jumaat lepas, 30/04/2010


GMC bukan Tok Guru punya

Kickdefella semakin merapu, membuat kenyataan tanpa ada bukti kukuh dan kuat bagi membantu menguatkan hujah.

Syabas kepada Cikgu Pa kerana menjawab fitnah Kickdefella dengan cepat serta tangkas di sini - Bohong saya wakili GMC - Mustafa. Bagaimana kickdefella? Puas hati dengan jawapan Cikgu Pa?

Dalam artikel terbarunya juga, ia juga mendakwa,
Beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum 2008, YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz telah dijadualkan untuk memberi satu sidang media di Studio Global Media Channel Sdn Bhd. Memandangkan ini pertama kali Tuan Guru akan berkunjung ke GMC saya telah mengemukakan soalan kepada YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung pemilikan Global Media Channel.

“Kalau Tok Guru tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” Tanya saya pada Husam dalam pertemuan harian kami.

“Kata ni hok Tok Guru,” itu arahan daripada Husam.

Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam. - Kickdefella

Berdasarkan kenyataan di atas, tidak dapat membuktikan bahawa GMC ini adalah milik Tok Guru. Berdasarkan tajuk artikelnya yang mengelirukan saya berasakan kita patut mengambil tindakan dan melaporkan kepada pihak berkuasa yang Kickdefella membuat fitnah menuduh Tok Guru memiliki GMC. Tajuk artikel terbarunya ialah - GMC Hak Tok Guru.

Kickdefella menyebut dalam artikel itu nama-nama, seperti nama Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga Penolong Setiausaha Agung PAS yang saya percaya ia bernama Dato Takiyyudin yang pernah melawat dan menggunakan GMC. Dan terus menimbulkan persoalan kepada saya;

1) Apakah dengan menyebut nama-nama ini membolehkan orang percaya bahawa GMC ini PAS punya?

2) Apakah dengan tindakan ini, ingin membuktikan bahawa PAS tahu akan kewujudan GMC?

3) Tidakkah GMC itu memainkan peranan sebagai syarikat swasta, sesiapa sahaja boleh menggunakannya dengan syarat bayar perkhidmatannya? Mengapa Ustaz Nasharuddin dan Dato' Takiyuddin tidak boleh menggunakan syarikat swasta ini?

Banyak lagi persoalan timbul, namun saya simpan untuk jawap di lain artikel. Jawapan bagi kesemua soalan boleh dibaca pada artikel saya yang lepas - Apa itu Global Media Channel (GMC) & kaitan dengan RM 4 juta?. Baca dan fahami peranan GMC dan apa itu GMC sebenarnya. Paling jelas ia bukan PAS.

Dan selebihnya, saya menunggu jawapan daripada Dato' Hussam tentang dakwaan Kickdefella,
Di dalam mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan juga nama Global Media Channel disebut beberapa kali. Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula Global Media Channel kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya. - Kickdefella
Kesimpulannya, saya yakin dan percaya bahawa GMC bukan Tok Guru punya.

Dakwa Kickdefella di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997


Saya masih lagi sedih, dengan gelagat perisik-rakyat yang ingin membela seseorang akan tetapi menghina seseorang. Apa yang ingin disampaikan? Ingin menyampaikan bangga dan takbur yang dia tahu banyak maklumat daripada Ketua Penerangan PAS Pusat? Dalam waktu begini saya malas nak bergaduh sesama sendiri. Batu Api telah menyampaikan kemarahan saya dalam entri terbarunya - Hanya manusia yang biadab dan kurang ajar sahaja yang sanggup terbalikkan gambar pimpinan PAS!

Saya tidak berminat dengan insan yang kurang ajar ini. Apa yang saya hendak tulis di sini, saya mengucapkan syabas kepada Kickdefella yang berjaya bersoal siasat bersama SPRM selama 6 jam semalam.

Menurut sumber, Kickdefella bukan sahaja disiasat mengenai RM4 juta, akan tetapi Kickdefella disiasat di atas kesalahan pecah amanah yang telah dilaporkan terlebih dahulu oleh bekas pekerja GMC yang dahulu, yang mana tuduhan beliau tidak membayar gaji dengan sepatutnya pada mereka. Itulah sebabnya dia cuba memperbetulkan presepsi pengunjung blognya dengan,
Saya tidak pernah menyebut perkataan fitnah di dalam posting saya berhubung skandal OGS 4 Juta sebelum ini. Inilah pertama kali saya menyebutnya. Saya juga tidak pernah mengaitkan OGS 4 Juta dengan pembohongan untuk memburukan seseorang. Apa yang saya jelaskan ialah OGS 4 Juta ini bertujuan menimbulkan persepsi yang boleh melemahkan Pak Lah.

Saya juga tidak pernah menyebut perkataan Rasuah dalam posting saya bagi OGS 4 Juta kerana Ops saraf adalah aktiviti mesti dalam gerakan politik atau menentang musuh. Bahkan Sir Alex Ferguson juga menggunakan sepanjang masa dan akan menggunakannya minggu ini bagi usaha terakhirnya untuk membuat Chelsea tercicir sekurang-kurangnya dua mata. Media Inggeris memanggilnya ‘Mind Game’. - Kickdefella

Dan, mengikut SPRM, tindakan kickdefella mendedahkan di dalam blog bukti-bukti rasuah sebelum dilaporkan kpd SPRM adalah salah mengikut akta SPRM, sepertimana yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia,

"Dalam siasatan sesuatu kes, kita terpaksa menggunakan elemen kejutan. Tapi apabila sesuatu itu tidak lagi mengejutkan atau didedahkan terlebih dulu, banyak bahan bukti yang diperlukan dalam siasatan akan hilang," katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed sebelum ini pernah melahirkan kebimbangan dengan trend semakin ramai pihak yang membuat laporan kes rasuah mendedahkan maklumat mengenainya kepada umum.

Tindakan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997. - Utusan Malaysia

Oleh itu, kita boleh membuat laporan polis terhadap Kickdefella atas kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997,kerana, dia mendedahkan beberapa klip saraf yang kononnya dibuat untuk menampakkan kelemahan Pak Lah.

Ramai yang mencabar anda untuk mendedahkan kerana mereka tidak tahu, mereka ingin tahu, maka dengan kesilapan anda tersebut, silalah tanggung sendiri.

Kepada Kickdefella, lebih baik menonton Horton Hears a Who! di pagi hari ini, untuk lebih sensitif kepada sekeliling. - A person's a person, no matter how small!

Apa itu Global Media Channel (GMC) & kaitan dengan RM 4 juta?

GMC, mari kita mengenali apa itu GMC, saya amat bersetuju dengan penerangan apa itu GMC di dalam blog perisik-rakyat, namun saya tidak bersetuju dengan tindakannya menghentam sesetengah pimpinan PAS di dalam artikel tersebut,

Saya hanya "copy & paste" apa itu GMC, yang lain, anda baca sendirilah di blognya,
Dekat bawah ni aku terangkan secara ringkas apa itu Global Media Channel (GMC) dan maklumat dekat bawah ni aku dapat dari Pemilik Global Media Channel (GMC) sendiri dalam pertemuan dengannya kelmarin di JKR 10.

Macam yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella, Idea penubuhan Global Media Channel (GMC) bermula apabila beliau mula berkhidmat di Kelantan selepas melihat potensi sebuah Televisyen Internet (Broadcast) Kelantan TV.

Perkara ini (penubuhan Global Media Channel (GMC) kemudiannya dibincangkan dalam 1 mesyuarat di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada bulan April, 2007. beberapa pihak agak tidak senang dengan idea meletakkan pengurusan dibahu Blogger Kickdefella kerana beliau adalah Ahli UMNO.

Setelah mendapat penentangan berkenaan dengan penyerahan pengurusan, 1 keputusan telah dibuat oleh Dato' Haji Husam Musa iaitu - Global Media Channel (GMC) ditubuhkan sebagai sebuah Entiti berasingan yang bukan dibawah Parti PAS dan bukan juga dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Jelasnya ramai salah sangka sehingga sekarang dan ramai Ahli PAS beranggapan bahawa Global Media Channel (GMC) berada dibawah Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan. hakikatnya ialah - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ialah 1 Syarikat Swasta yang tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

Pendedahan yang tidak lengkap oleh Blogger Kickdefella sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan yang kurang baik terhadap Parti Pas dan juga Rakyat Kelantan lebih-lebih lagi apabila Blogger Kickdefella mendedahkan tentang pembiayaan bernilai hampir RM4 juta.

Ramai yang menyangka bahawa Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan telah membazirkan wang rakyat Kelantan untuk 1 aktiviti yang tidak berfaedah seperti yang telah didedahkan oleh Blogger Kickdefella.

Disini perlu dijelaskan secara lebih terperinci agar segala kekeliruan selama ini terlerai dan tiada lagi syak wasangka atau salah sangka dikalangan Ahli PAS sendiri.

Benar seperti pendedahan Blogger Kickdefella - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dimiliki oleh pemimpin PAS (pada masa itu). Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (pada masa itu) ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan yang juga Ahli Majlis MPKB - Abdul Rahman dan juga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian yang juga Setiausaha DPPK - Mohd.Ridza.

Rekod tersebut ialah rekod ketika Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ditubuhkan dan pada ketika ini Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd telah bertukar nama. harap Blogger Kickdefella sudi mendedahkan nama-nama Pengarah dan juga Pemegang Syer terbaru Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd selain dari Saudara Rosul.

Berkenaan dengan kewangan pula, dari awal penubuhan Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd sehinggalah ke waktu ini, baik Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK PERNAH menyumbangkan atau membiayai sebarang operasi atau projek yang dikendalikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kerana Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada apa-apa kepentingan didalam Syarikat Swasta ini.

Semua pembayaran yang dibuat oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kalau ada pun hanyalah untuk kerja-kerja atau perkhidmatan yang menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. dalam ertikata lain - Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya membayar charge yang dikenakan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd atas perkhidmatan dan bukannya "membiayai" operasi tersebut.

Tidak pernah timbul soal "pembaziran" oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal ini kerana yang dibayar adalah "Khidmat" dan bukannya suka-suka beri dana.

Yang ini kena perjelas pada semua Ahli PAS biar faham.

Khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang pernah digunakan oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan pula tidak termasuk "operasi perang saraf" seperti yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella. Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd antaranya Event Management, Rakaman dan Pembuatan Video dan lain-lain yang berkaitan dengan media termasuk mencetak poster TGNA membaca doa dalam Munajat Perdana.

Tidak ada dalam kertas kerja Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd agenda memburukkan Pak Lah jelas pemilik Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (sekarang).

Dalam hal pemilikan dan pembiayaan pula, memang benar pemilik asal dan sekarang Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd adalah Ahli PAS tetapi pemilikan itu adalah bersifat peribadi dan ianya tidak melibatkan kepentingan parti. ramai Ahli PAS yang mampu, berniaga dan masing-masing berniaga atas minat dan kepercayaan masing-masing.

Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dibuka oleh 2 pemilik asalnya dulu atas kapasiti peribadi dan bukannya atas kepentingan parti. saya ambil alih Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga atas kapasiti saya sendiri dan bukannya atas nama parti PAS. jadi apa masalahnya..? jelas Rosul.

Kesemua penyumbang-penyumbang dan juga pembiaya operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga melabur. mereka tertarik dengan program-program yang dijalankan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dan mereka berminat untuk melabur. jadi semuanya tidak ada kena mengena dengan Parti atau Kerajaan Negeri. personal. - perisik-rakyat

Mereka, blogger anti-UG, apa-apa hal yang terjadi, keburukan yang dilakukan oleh sesetengah pimpinan yang mereka sayangi akan dibandingkan dengan apa jua pro-UG buat. Bagi mereka ada pemimpin PAS yang perlu dinaikkan dan ada pemimpin PAS yang perlu dijatuhkan.

Bagi saya, kesemua pemimpin PAS perlu dijaga maruah dan kredibiliti mereka, bukan ambil separuh dan meninggalkan separuh, yang mana boleh dianggap boleh dimakan, mereka akan dipuja.

Sekian.

Klip video yang mempunyai saham RM4 juta. Wow!

Mari kita nilai video yang kononnya menjadi bahan bukti untuk menjatuhkan Pak Lah ini,



1) Apakah Kickdefella berbangga dengan mengambil hasil tangkapan gambar orang lain untuk menjadi satu klip media yang dibayar sebanyak RM4 juta? Saya yakin dan percaya bahawa gambar tersebut bukan Kickdefella yang mengambilnya.

2) Adakah klip ini mahal kerana membayar kepada si penggubah lagu Ku cari Damai Abadi tersebut yang menjadi background kepada klip ini?

3) Apakah klip ini berunsur fitnah? Tidak betul? Ianya betul, gambar tersebut bukan super impose, gambar Pak Lah memegang perempuan sememangnya betul. Dan, apakah masalah dengan klip ini untuk menyabitkan kesalahan menjatuhkan Pak Lah?




1) Klip ini dipenuhi klip-klip yang diambil dari sebarang cabang, di ambil daripada tv-tv, sumber klip dari internet, web-web.

2) Sepertimana juga, video klip di atas. Apakah masalah dengan klip di atas, apakah ia satu fitnah? Tidak, ia merupakan satu realiti tentang apa yang berlaku dalam Malaysia yang diterajui oleh UMNO.

Saya cukup bersetuju dengan komentar pengunjung blog kickdefella ini,
KerisKontot

Tuan Sheih saya cadangkan, ambiklah contoh dari YB Zul Nordin…pergi melutut depan Pak Lah dan mintak maaf, sebab RM4 juta yang awak dapat Pak Lah terpaksa ucap selamat tinggal dan saya juga cadangkan supaya awak bantu najib pula sebab dengan RM4 juta sahaja awak boleh jatuhkan PM sedangkan Najib terpaksa bayar RM70juta ++ kepada APCO untuk bina imej..

Kesimpulannya, klip yang kononnya bukti RM4 juta ini merupakan berita yang sahih dan bukannya fitnah yang di ada -adakan untuk menjatuhkan Pak Lah. Jika tidak percaya, anda nilai lah sendiri.

Dan juga anda boleh nilai, sejauh mana kepakaran Kickdefella dalam bab saraf ini sehingga dia mendakwa dia dibayar dalam bentuk angka RM4 juta. Adakah dia mendabik dada dengan menyatakan RM 4 juta tersebut untuk mengiyakan sumbangan dia dalam PAS?

Anda sendiri boleh menilai sejauh mana harga diri Kickdefella.

Kickdefella nilai dirinya hanya RM4 juta sahaja, begitu memalukan

Saya tersangat gembira apabila Kickdefella memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, kerana kita semua ingin mengetahui siapa yang salah dalam perihal RM4 juta dan GMC ini. Kita juga kita hendak tahu bagaimana GMC yang kononnya mendapat RM4juta ini sudah dilihat sebagai satu kompeni yang bangkrap. Dan kita hendak tahu, bagaimana Kickdefella menguruskan GMC sehingga GMC ini tersungkur ke bumi sekarang, apakah pecah amanah berlaku di sana? Hanya Kickdefella yang dapat memberikan jawapan.

Semalam kickdefella telah mendedahkan di media tentang lima orang yang terlibat dalam RM4juta ini,

Utusan Online
melaporkan,

Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.

Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Saya boleh mengangak dan meneka siapa yang dimaksudkan oleh Kickdefella tersebut, jika mengaitkan GMC.

Lapor Sinar Harian hari ini di muka hadapan,


Saya mengambil sikap sepertimana Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar menyuruh Kickdefella mendedahkan siapa yang menyalurkan RM4 juta tersebut untuk disiasat, sepertimana dilaporkan di Sinar Harian pada hari ini ;


Hari ini, kickdefella melaporkan dalam blognya - Lebih Bukti Akan Di Serah Kepada SPRM Seperti Dituntut Oleh Idris Ahmad ,

Kickdefella dipanggil untuk hadir buat kali kedua pagi ini oleh SPRM bagi menyerahkan lebih banyak bukti kewujudan aktiviti yang dibiayai oleh Skandal RM 4 Juta untuk aktiviti gerak saraf seperti yang hangat diperkatakan. Kickdefella akan hadir ke sana di dalam beberapa jam lagi.
Apakah sebabnya kickdefella menguploadkan video-video, adakah video klip itu sebagai bukti yang wujudnya RM4juta tersebut, saya tidak suka dan tidak bersetuju jika dia hanya mendedahkan video klip tersebut. Saya amat bersetuju apabila dia mendedahkan dokumen yang bertulis, seperti surat ataupun resit yang mana boleh dikaitkan dengan Rm4 juta tersebut.

Sepertimana diketahui umum,

1) RM4 juta adalah tidak salah jika ia digunakan untuk menjatuhkan UMNO, apakah salah pada pandangan anda?

2) SPRM hanya hendak mengetahui dari mana dan di mana wang tersebut dicari, jika ia tersabit dengan cara yang salah, barulah ia salah. Pada hakikatnya kes untuk lawan UMNO tidak disabitkan kesalahan.

3) PAS sepertimana diketahui umum, membuka siasatan 25 jam kepada SPRM untuk menyiasat akan segala hal mengenai rasuah. Maka dalam kes ini, PAS tidak takut untuk membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat.

4) Jika Kickdefella merasakan dirinya dipergunakan, memang wajar, kerana beliau telah menjual harga dirinya dengan murah, dirinya hanya berharga RM4 juta, teramat murah, menjual diri untuk kepentingan dunia amatlah murah.

Ketahuilah, menjual diri kepada Tuhan amat menguntungkan, saya tidak menjual diri saya kepada sesama makhluk, hanya menjual diri ini kepada Tuhan yang maha Agung.


Kesimpulannya, seberapa banyak wang yang digunakan, RM 10 juta ataupun RM 100 juta adalah tidak salah jika digunakan untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional.

p/s Klik pada gambar untuk melihat secara lebih jelas.

Kickdefella lebih lama kerja dengan PAS berbanding Fadhli Shaari

Saya masih lagi memikirkan, kenapa kickdefella memasukkan bualan di antara SU Akhbar yang lama bersama Akmal? Ada apa dengan perbualan ini?

Mohd Saiba: Ustaz Fadli Shaari.

Akmal Ilham: Ustaz Fadli Shaari? Orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Dia masa khemah ibadat terawih di stadium nih, oh, forum perang badar dia pengerusi, dia banyak pengerusi.

Akmal Ilham: Jawatan dia dalam parti godioh (Apa jawatan dia dalam parti)?

Mohd Saiba: Tak dok rasanya.

Akmal Ilham: Oh, tak kenal belaka tuh, orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Tok Guru pun tak kenal eh (Tok Guru pun tak kenal Fadhli Shaari).

Akmal Ilham: Orang ‘mana eh? Sapodio jong (cadang), Abduh kah, Shaari? (Nik Abduh atau ‘Maulana’ Shaari Mustafa)

Mohd Saiba: Ah, Abduh, Shaari, lama ‘dah dia royat kor ana nya, sebelum ‘ni lagi, dia duk sebut nama Fadli, Fadli.

Akmal Ilham: Dok eh, orang ‘mana asal?

Mohd Saiba: Aih, ana tak leh nak royat, Kelantan jugaklah.

Akmal Ilham: Dok eh, takkan tak dok gotuh?

Mohd Saiba: Biodata?

Akmal Ilham: Kegiatan dalam parti kor ‘gapo?

Mohd Saiba: Dok. Ada orang jemput ceramah ‘gitu jah, Kota Bharu rajin jemput.


Adakah dengan memasukkan temubual ini untuk menyatakan,

1) Ustaz Fadhli Shaari adalah budak mentah dalam perjuangan PAS?

2) Adakah ingin membandingkan senioriti anda dengan Ustaz Fadhli dalam PAS?

3) Adakah ingin menghina Ustaz Fadhli dengan memasukkan jawapan daripada Ustaz Saiba yang sememangnya tidak mengenali Ustaz Fadhli?

4) Adakah anda merasa tergugat dengan kemunculan Ustaz Fadhli yang telah mencabar anda, tetapi anda tidak berupaya menjawab?

Jawapan saya,

1) Ustaz Saiba tidak mengenali Ustaz Fadhli dari segi penglibatan dalam parti kerana ahli PAS terlalu ramai. Dan jika anda kenal orang Pasir Mas, mereka amat mengenali Ustaz Fadhli kerana dia adalah pemuda Pasir Mas yang aktif. Kenapa kickdefella tidak tahu? Kerana dia menganggap PAS itu hanya di pejabat MB, dia tidak terlibat dengan PAS di cawangan mahupun kawasan.

2) Kickdefella menganggap dia lebih senioriti daripada Ustaz Fadhli kerana dia telah lama bekerja dengan Tuan Guru, selama 3 tahun, Ustaz Fadhli hanya baru beberapa bulan. Kickdefella tidak sedar yang dia bukan ahli PAS, dan Ustaz Fadhli ahli PAS, Ustaz Fadhli terlibat secara aktif dalam Pemuda PAS, kickdefella tidak. Bagaimana hendak dibanggakan? Kickdefella, jika anda ingin membanggakan senioriti anda, sila masuk PAS dahulu.

3) Kickdefella beralih untuk menyerang peribadi Ustaz Fadhli Shaari tanpa mengenali Ustaz Fadhli terlebih dahulu, dia menyerang Ustaz Fadhli di atas isu yang sememangnya dia kalah dalam isu senioriti. Ustaz Fadhli adalah ahli PAS lebih daripada 3 tahun, bekerja untuk PAS pada awalan remaja, siapa kickdefella untuk memperlekeh ahli PAS ini?

Akhir sekali, kepada kickdefella, jangan bangga sangat dengan bekerja di GMC dan di PMBK selama 3 tahun, itu hanya memalukan orang, orang lain telah bekerja dengan PAS berpuluh-puluh tahun tapi tidak pernah membangga diri dan menganggap diri sebagai senioriti.

Isu GMC, Isu 4 juta merupakan nyawa-nyawa akhir bagi Kickdefella.

RM4juta: Kickdefella kentutnya berdegar-degar, beraknya tiada

Satu kesilapan ke atas diri saya kerana terpengaruh dengan tulisan Kickdefella tanpa merujuk sumber asal akan cabaran Kickdefella mengatakan kononnya SU Akhbar yang mencabarnya. Saya tersilap. Rupanya kenyataan media asal Fadhli Shaari yang sememangnya SU Akhbar kepada Tok Guru mencabar Kickdefella atas nama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Secara mudah untuk difahami ialah Fadhli Shaari mencabar Kickdefella atas nama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan bukannya atas nama Setiausaha Akhbar. Berdasarkan kenyataan terbaru beliau:
2.Suka saya memaklumkan bahawa kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat lapooran polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di mana saya merupakan Ketua Penerangannya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebagai Setiausaha Akhbar. - Fadhli Shaari
Kickdefella sememangnya gilakan publisiti, dia tidak mahu mengaitkan Fadhli Shaari dalam pemuda, dia hanya melihat dari segi tubuh Tok Guru Nik Aziz. Betapa gila publisitinya Kickdefella tersebut.

Dengan mendabik dada Kickdefella mengumumkan dalam blognya;

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mampu tergelak, apakah betul apa yang didakwanya?, kerana tiada sebarang bukti pun yang dilampirkan akan hal perihal RM4 juta tersebut. Apa sebenarnya RM4 juta tersebut? Mengapa tidak dilampirkan bukti seperti dokumen-dokumen yang lepas seperti surat PASTI dan juga seperti Laporan Postmorterm PRU 12? Mengapa?

Saya juga ketawa terkekek-kekek seperti pontianak terjumpa paku setengah inci apabila membaca laporan Malaysiakini;
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Syed Azidi berkata beliau tidak mempunyai apa-apa tujuan selain menjawab kenyataan Ahmad Fadhli yang dilaporkan mendakwanya tidak banyak membantu PAS dalam pilihan raya.

"Sebagai orang baru, dia sepatunya teliti dahulu (fakta) sebelum keluarkan sebarang kenyataan.

"Terlajak perahu boleh diundar, terlajak kata buruk padahnya," katanya yang baru dua bulan dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Malaysiakini
Saya tertanya-tanya, siapa orang baru dan siapa orang lama? Jawapan mudah ialah periksa keahlian PAS dan kita boleh tahu siapa yang baru dan siapa yang lama. Kickdefella? Bukan ahli PAS, hanya diambil kerja untuk beberapa ketika sahaja. Hanya bekerja beberapa ketika sahaja sudah sombong bagaikan nak gila.

Isu RM4 juta benar-benar memerangkap Kickdefella antara benar atau pembohongan. Beliau hanya menyalak-nyalak, bukti RM4 juta langsung tidak dikemukakan. Apakah jawapannya nanti mengenai RM4 juta begini? - "ada beberapa perkara yang dia tidak akan maklumkan kepada sesiapa dan akan "disimpan sampai mati". - Adakah begitu? Kalau begitu anda sememangnya berbohong dan berburuk sangka dan ada niat untuk mencemarkan nama baik PAS Kelantan.

Kickdefella sekarang bagaikan anjing yang tersepit, tidak tahu membezakan hendak kentut ataupun hendak berak.

Yang hanya dia tahu, dia menyebut dengan manja nama Tulang Besi. Ada apa-apakah? Tak keluar minum bersama pekena sama itu sisha dan barbican kah?

Sila baca juga artikel ini :

1) Kickdefella... tak perlu 4 juta sekadar nak burukkan Pak Lah
2) Ayuh Dakwa Tuan Guru!

Cabar kickdefella untuk dedahkan pemberi RM4 juta

Hebat kickdefella, hasil daripada artikel terbarunya semalam media massa di bawah pengaruh UMNO memetik perkataan "RM 4 juta". Khususnya Utusan Malaysia terus meletakkan angka tersebut pada muka hadapan.

Jelas terbukti, kickdefella selama ini bekerja dengan UMNO dan UMNO hanya menunggu maklumat yang bakal didedahkan, saya tidak tahu harga maklumat tersebut, sama ada maklumat tersebut dapat di muatkan di muka hadapan memberi pendapatan lumayan kepada kickdefella, hanya beliau sahaja yang mengetahui.

Sepertimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia, di muka hadapan



Dan sepertimana dilaporkan di dalam Sinar Harian, hanya berita kecil


Saya mencabar Kickdefella untuk mendedahkan, siapa memberi RM4 juta tersebut, jika beliau tidak dapat membuktikan, beliau adalah pembohong dan penfitnah yang nyata.

Kickdefella menghakimi TGNA, bukannya SPRM, setuju?

Saya masih lagi tidak mengerti bagaimana perasaan dendam kesumat Kickdefella ke atas Tuan Guru Nik Aziz. Apakah dendam tersebut akan terus melekat sehingga ke liang lahad? Apakah dia menginginkan jasadnya dibungkus dendam tersebut bersama dengan kain kafan yang bakal dipakainya nanti?

Artikel terbaru beliau Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi jelas menyaksikan bahawa beliau begitu optimis dan setiap masa mendoakan supaya Tuan Guru Nik Aziz disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah berdasarkan bukti-bukti yang ada padanya.

Saya hairan, apakah bukti yang dia ada sehinggakan SPRM sampai sekarang tidak dapat mensabitkan kesalahan-kesalahan tersebut? Apakah SPRM bodoh sehinggakan tiada bukti sepertimana bukti yang ada pada kickdefella? Saya teramat pelik. Kickdefella, saya ingin menyeru kepada anda supaya bantu SPRM dengan memberi bukti yang ada pada anda, supaya kami semua jelas akan kesalahan yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam artikel yang sama, beliau telah "copy paste" artikel dari harakah tentang cabaran dari Setiausaha Akhbar yang jelas mengatakan,

“Saya juga mencabar dia membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meyakini terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 1990.

“Menteri Besar sering kali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat,” - SU akhbar Tok Guru
Saya membaca keseluruhan artikel beliau dan kickdefella tidak berupaya menjawab akan cabaran tersebut. Kickdefella ingin bermain-main dengan Tulang Besi kerana suatu masa dahulu mereka berdua adalah sahabat. Sebaliknya dia telah mencabar SU akhbar dengan kenyataan,

Pada waktu yang sama saya mencabar Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz yang baru itu untuk menyiasat apa yang saya buat dengan pembiayaan wang sebesar itu. Jika ada bukti saya menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi, saya berharap beliau sertakan buktinya sekali.

Saya tidak akan memberi sebarang perhatian terhadap cabaran Tulang Besi ke atas Kickdefella, dan juga cabaran Kickdefella ke atas Tulang Besi, mereka di ibarat seperti Israel dan Amerika, mereka saling cabar mencabar akan tetapi mereka sebenarnya sahabat baik.

Saya hanya memberi perhatian akan hal cabaran Setiausaha Akhbar terhadap Kickdefella, sekiranya beliau tidak menjawab, saya akan terus menganggap beliau sebagai syaitan yang tidak habis-habis dendam kesumatnya terhadap manusia.

Hanya syaitan sahaja yang sombong dan takbur, syaitan tidak akan tunduk akan perintah Allah untuk sujud kepada manusia. Sepertimana kickdefella, beliau tidak sabar-sabar menunggu keputusan daripada SPRM, sebaliknya beliau sendiri yang menjatuhkan hukuman kepada Tuan Guru Nik Aziz. Begitu persetannya beliau. Kepada sesiapa yang bersama-sama Kickdefella, menyokongnya, maka anda termasuk dalam golongan syaitan tersebut.

Kembali bersiaran

Sudah lama tidak bersiaran, sudah lama tidak menulis. Kickdefella apa khabar agaknya, melihatkan entri terbaru dia ada mengusik Dato' Paduka Hussam Musa, apa yang dia hendak sebenarnya.

InsyAllah akan bermula bersiaran seperti biasa dalam masa terdekat ini.

Wan Ji Albakistani : Kickdefella lebih mulia dari Presiden PAS

Apabila membaca artikel di tranungkite.net -Wan Ji Albakistani Hina Presiden PAS - Saya tidak terkejut kerana itulah akhlak blogger celaka, menghina pimpinan sendiri dan mengagungkan pimpinan parti lain.

Mereka ini menghina sesetengah pimpinan untuk menaikkan nama sesetengah pimpinan lain, langsung tidak ada semangat berjemaah.

Wan Ji bersemangat hina Presiden PAS daripada mengutuk perbuatan kickdefella yang jelas mengfitnah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Tiada pembelaan yang dibuat olehnya, seolah-olah kickdefella lebih mulia daripada Presiden PAS.

Saya suka ayat Freezone berkenaan Wan Ji

inilah blogger yang berjaya menyembunyikan sikapnya dengan tulisan tulisan bercorak keislaman, menulis fakta fitnah dengan ayat ayat alquran. sewaktu kickdecolla melontarkan fitnah ulamak kepala lutut ketawa melihat tok guru keseorangan dalam melawan arus fitnah. siang malan menulis menyanjung keperibadian ulamak tok guru nik aziz. tapi dalam masa yang sama memberi peluru kepada member sekandang melemparkan fitnah terkutuk kepada tok guru nik aziz. sikap ulamak kepala lutut semakin jelas dalam menentang kepimpinan pas selepas bergaul mesra dengan adukatarakguna dan alibangang. hentaman dan kutukan kepada ulamak pas semakin berbisa dan semakin banyak setiap hari.

Nak kenal siapa Wan Ji? Cuba anda tekanya di dalam gambar di bawah



p/s rasa nak masukkan link blog Wan Ji ni bersama dengan link kickdefella je, tapi kita sabar dulu, sabar...

TB baru nak berlakon tetapi telah dikasi oleh Batu Api

Baru sahaja saya memuji Tulang Besi, namun Batu Api telah mengendur dan memudarkan pujian yang harus saya berikan kepada si Tulang Besi.

Sila baca artikel ini, ia amat penting dan mendedahkan siapa yang membuat blog anti-Husam. Sila baca : Apabila satu team pura-pura bergaduh...

Tulang Besi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya, jatuh ke tanah juga kerana Batu Api berkiblatkan ke atas laporan ini :
Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella) - yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz. - Malaysiakini
Saya menarik balik pujian yang telah diberi pada artikel ini - Syabas Tulang Besi - Maaf Tulang Besi, sila cuba lagi.

Musang berbulu ayam akan berbogel nanti

Saya tidak pernah membenarkan akan hal adanya pimpinan atau anggota parti yang membocorkan rahsia parti, berkenaan dokumen yang telah dibocorkan oleh kickdefella iaitu Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Abdullah Amar Nik Abdullah iaitu seperti mana laporan Malaysian Insider:
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Abdullah Amar Nik Abdullah berkata pihaknya akan membuat siasatan teliti dan secara berperingkat bagi menentukan kebenaran dakwaan itu bagi mengelakkan wujud unsur-unsur tidak sihat dalam parti itu.
Katanya lagi,
“Sebelum itu kita akan memastikan kebenaran dakwaan yang ditulis dalam laman blog itu sebelum membuat siasatan di peringkat dalaman,”
Oleh itu, penyokong PAS jangan risau, hal ini akan disiasat untuk menentukan bahawa benar ataupun tidak dakwaan blogger kickdefella itu. Jika benar, sudah pasti, pimpinan atau anggota parti terlibat akan diambil tindak sekerasnya.

Kita doakan bersama, supaya hal ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Peringatan kepada kickdefella & semua orang akan hal neraka

Saya ingin menyeru kepada kickdefella, supaya membaca teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS, akan tetapi sebelum membacanya sila buang perasaan dendam kesumat, hasad dengki, khianat dan fitnah dahulu, selepas itu barulah membacanya, sila baca teks tersebut yang bertajuk :

Menyebar Maklumat bohong ke Neraka

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.

Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.

Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.

Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.

Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.

Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .

Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.

Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.

Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.

Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia”
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.

Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.

Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.


Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt

(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)

Penjelasan hal Ayoh Loh Tok Guru Kickdefella yang sesat [VIDEO]

Tok Guru terbaru kepada kickdefella adalah Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan sepertimana diterangkan olehnya pada entri - Perjanjian Syaitan.

Tok Guru Ayah Haji Lah dikenali juga sebagai Tok Guru Ayoh Loh, beliau digunakan sepenuhnya untuk menyerang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz ketika isu Maulud, beliau mengfitnah Tok Guru tidak mahu menyambut maulud dan wahabi.

Oleh itu, tidak pelik, kickdefella berserta dengan Ayoh Loh menyerang TGNA, kerana mereka berdua adalah ejen UMNO. Kickdefella menyerang di alam maya dan Ayoh Loh pula menyerang di pentas ceramah UMNO di Kelantan. Orang Kelantan semua tahu bagaimana sikap Ayoh Loh ini.

Kickdefella berimankan kepada ayat Ayoh Loh iaitu,
“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan."
Saya tidak mahu terangkan lebih detail bab ini, sila tonton ceramah oleh Ustaz Hamid Derani yang menjawab secara detail bagaimana Ayoh Loh ini boleh menjadi penceramah UMNO kerana beliau pergi mendengar sendiri Ayoh Loh berucap. Dan Ustaz Hamid Derani juga menerangkan bagaimana Ayoh Loh ini sesat sehingga menyokong UMNO.

Video yang saya upload ini kualitinya adalah sama seperti vcd, mungkin akan mengalami buffering yang teramat sangat. Maaf atas kesulitan yang dialami.

Ayoh Loh Sesat - Bahagian 1



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 2



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 3



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 4



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 5



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 6

Ayoh Loh Geting yang sesat dipuja oleh kickdefella

Sewaktu ketika dahulu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dipuja, dimanja dan dipuji oleh kickdefella, setelah memerangi TGNA, kickdefella beralih kepada Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Dalam entrinya - Perjanjian Syaitan - Apabila dia menuduh Tok Guru sesat apabila mengubah ijtihad dan mengatakan -

‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan."

Keseluruhan artikel terjawab apabila dia faham ijtihad. Cuma saya nak tanya kickdefella adakah anda mengerti maksud perkataan ijtihad?

Ketika pondok geting terbakar, Anuar Musa memberikan RM100 ribu lebih kepada Ayah Loh, kata Ayah Loh dalam ceramahnya. Bukti jelas UMNO telah mengumpan Ayoh Loh, dan telah menjadi alat UMNO untuk menyerang PAS.

Saya akan upload video ceramah penerangan Ustaz Hamid Derani menjawab Ayoh Loh ini, mengambil sedikit masa. InsyAllah saya cuba secepatnya.

Ustaz Hamid Derani merupakan bekas ahli UMNO.

Sejuta Harapan di Hulu Selangor

Kemenangan di Hulu Selangor adalah diimpikan bagi setiap jiwa yang bersama dengan Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak berjaya? Mestilah dengan keazaman dan kerja yang berterusan.

Saya secara peribadi menerima siapa sahaja calon yang bakal dicalonkan nanti. Ia merupakan kebijaksanaan pimpinan PKR untuk menentukan calon. Ada orang kata, Zaid Ibrahim akan menjadi calon, jika benar, saya amat bersetuju.

Calon bukanlah masalah besar bagi Pakatan Rakyat, kerjasama kesemua kompenen Pakatan Rakyat adalah penting., PAS, DAP dan PKR.

InsyAllah kita akan berjaya di Hulu Selangor, doa berserta kerja yang kuat amat-amat diperlukan. PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nasharuddin selaku Pengarah Pilihanraya mampu untuk memberi sepenuh kerjasama kepada PKR.

Usrah barbican yang suka meeting

Batu Api, Ali Zaidan, Penembak Babi dan sahabat-sahabat lain, tak nak buat meeting ke?

Geng kononnya Pakatan Rakyat dah buat meeting, ini buktinya, cuma tak ada gambar meeting je, sama ada barbican atau tak, tak tau lah, nak kata tak ada itu minuman rasmi diorang.

Kenyataan Topeng Perak akan hal meeting,



Wow!... kalau diorang geng Pakatan Rakyat, kita? PAS tulen? PAS bukan ke dalam Pakatan Rakyat?

Kickdefella Fitnah - Derma Rasuah TGNA

Kali ini saya ingin menulis bab derma. Kickdefella menggunakan isu derma ini untuk mengaitkan Tok Guru Nik Aziz menerima rasuah.

Jemput baca artikel kickdefella mengenai derma ini - Tu Diaaaaaaa Bhg 2 : Tauke ‘Derma’ Kekal Mursyidul Am PAS. Dia lampirkan surat-surat penderma, yang mana perderma tersebut menderma di atas projek.

Ada komentar di artikel saya - Kickdefella Fitnah - Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan - mengatakan bahawa :

"imho, blogger yang menulis artikel di atas membuat pembacaan berpilih.... kalau dia betul-betul membaca, di boleh jumpa surat nie dalam entri bulan mMarch di blog kickdefella:

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/"

Dan, dia lampirkan gambar ini di tranungkite.net,


Sila ke blog kickdefella untuk melihat surat derma yang banyak lagi.

Saya bingung, apa kaitan gambar di atas dengan kenyataan kickdefella? Sepertimana yang didakwa:

"Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka." - Kickdefella

Mana ayat di atas yang boleh disabitkan dan disamakan pada surat-surat derma yang dilampirkan? Mana?

Cubaan jahat kickdefella untuk mengaitkan Tok Guru Nik Aziz dengan rasuah, apakah itu boleh diterima akal?

Apakah derma terang-terangan ini boleh disabitkan dengan rasuah? Jika boleh disabitkan mengapa anda tidak melaporkan kepada SPRM? SPRM tengah merindui anda sekarang kickdefella untuk mengadu domba apa yang anda rasai sekarang, anda merasakan PAS Kelantan diselebungi rasuah yang terlalu banyak.

Apakah ini modus operandi yang sama dengan blogger celaka yang mengatakan bahawa mereka ada dokumen yang ada pimpinan PAS ingin berbaik dengan UMNO? Ya! Mereka menyalak-nyalak macam anjing dari dulu sampai sekarang, sehingga sekarang pun tiada bukti yang dilampirkan. Mereka menyalak-nyalak untuk kepuasan diri sahaja.

Saya ingin bertanya kepada pembaca, apakah menerima derma salah? Sebagai contoh PASTI, surat yang dilampirkan di blog kickdefella jelas, syarikat yang menawarkan derma, bukannya PASTI yang memintanya.

Akhir sekali, saya ingin mencabar kickdefella dan penyokongnya untuk membuktikan kenyataan ini:

"Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka." - Kickdefella

Jika tidak dapat buktikan, jangan menyalak-nyalak macam anjing, mengganggu ketenteraman orang ramai yang ingin melihat PAS memerintah Malaysia.

Sekian

Aduka Taruna kecelakaan melebihi kickdefella

Satu lagi blogger celaka yang lupa nak diletakkan bahagian celaka adalah - Aduka Taruna - dia jahat lagi daripada kickdefella sebab pernah menghina isteri Nabi, Aisyah r.a.

Tiada modal, dan tiada satu artikel yang memberangsangkan otak apabila mengatakan semua ahli PAS Kelantan adalah pengotor, satu tuduhan yang amat-amat bodoh daripada seorang yang bodoh yang terlampau bodoh.

Kenapa sebegitu mindanya? Memang patutlah, jika dia tidak bodoh dan bebal, dia tidak akan hina isteri Nabi.

Anda tidak percaya dia hina nabi? Tanya Ustaz Maza - Asri Zainal. Ada artikel khas mengenainya di blog tersebut.

Dr Maza : Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

Terbukti dia adalah antara blogger upahan UMNO disebabkan tiada hukuman pun dikenakan ke atas kesalahannya. Keluar sahaja lokap terus kutuk PAS.