Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Sibuk - Perlu masa

Sudah lama tidak bersiaran, mengambil sikap membaca sahaja kerana diri ini terlalu sibuk dengan tugasan harian. InsyAllah akan kembali bersiaran secepat yang mungkin.

Bercuti - Sibu

Saya berada di Sibu sekarang, dan teramat susah untuk online. Saya tidak gemar menggunakan telefon saya untuk menulis blog. Oleh itu saya bercuti daripada menulis sehingga selesai kerja-kerja di Sibu.

InsyAllah Pakatan Rakyat melalui DAP akan memperolehi kemenangan di Sibu. Doakan.

Penyebar maklumat jahat ke neraka - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Nasharuddin jawab Kickdefella - Tiada maklumat GMC


Kickdefella terus senyap, kelu dan seolah-olah tidak dapat berbicara apabila Dato' Paduka Husam menjelaskan perihal RM 4 juta. Kenapa? lawanlah kalau Husam salah, Kickdefella berdiam diri menunjukkan beliau tidak dapat berhujah untuk melawan hujah Husam.

Kickdefella cuba mengheret Ustaz Nasharuddin dalam kancah fitnahnya itu, namun Ustaz Nasharuddin telah menjawab,
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berpendapat selaras sepertimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha parti itu, Dato' Mustafa Ali bahawa PAS diperingkat Pusat mahupun negeri tidak mempunyai maklumat mengenai penubuhan syarikat berkenaan dan sumber kewangan RM 4 juta yang dikatakan oleh penulis blog, Kickdefella. - Ann

Kickdefella menuduhnya,
Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya. - Kickdefella
Ustaz Nasharuddin menjawab,

Walaubagaimanapun, beliau tidak menafikan pernah menghadiri dalam satu majlis penerangan ataupun temubual yang telah diadakan sepertimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan sempena menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu di Kota Bharu. Nasharudin turut memaklumkan bahawa pengetahuannya terhadap syarikat itu hanya sekadar untuk mempromosi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pilihanraya sahaja.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau sama sepertimana memenuhi undangan-undangan yang dijemput oleh agensi-agensi media bagi tujuan kempen seperti BBC, CNN, Channel News Asia dan media tempatan yang lain. Ia juga sebahagian daripada praktis untuk menjawab apa jua soalan yang dikemukakan oleh media mengenai parti dan pilihanraya. - Ann
Saya ternanti-nanti jawapan Kickdefella dan juga ternanti-nanti jawapan daripada blogger-blogger lain yang ingin mempertahankan Kickdefella. Anda pertahan Kickdefella secara automatiknya anda adalah musuh saya.

Husam jawab kickdefella - Nafi RM4 juta [video]

Sila dengar sendiri, apakah tajuk artikel Kickdefella - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta menepati ataupun tidak.



Harakah Daily telah melaporkannya sebelum ini, namun isi video lebih menarik daripada artikel ini,
RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya - Husam
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.

Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.

Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.

Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.

“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.

Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan.

“Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.

Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar.

“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.

Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.

“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.

Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.

“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.

“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.

Kerana itu, tamabhnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.

“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi. - Harakah Daily

Kickdefella & Tulang Besi berpakat menghancurkan PAS

Saya pelik dengan entri Kickdefella yang terbaru - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta. Dan juga saya pelik dengan entri Tulang Besi - Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?. Mereka mempunyai persamaan dan meneruskan agenda untuk menghentam PAS.

Kickdefella - Seolah-olah beliau begitu takut kepada Husam Musa sehinggakan beliau tidak menjawab, kickdefella hanya copy & paste part yang tidak menghentam dirinya. Dan seolah-olah beliau tidak tercabar dengan cabaran Husam yang mengatakan RM4 juta itu fitnah, sepertimana dilaporkan di dalam Harakah Daily.
“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi. - Harakah Daily
Sebaliknya Kickdefella memuji Husam dengan menyatakan,
Terima Kasih YB Dato’ Haji Husam Musa di atas penjelasan itu. Sekarang Husah sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS. Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 Juta untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, kemanakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan? - Kickdefella
Saya hanya ingin bertanya,

1) Apakah Kickdefella sudah mula takut? Kerana Husam Musa sudah memberi respon balas tentang isu RM4 juta.
2) Apakah Kickdefella merasakan takut, kerana bila-bila masa sahaja Husam Musa akan mendedahkan apa sahaja yang telah dilakukan Kickdefella semasa berada di GMC, samada kebaikan mahupun penyelewengan yang berlaku.

Soalan saya tersebut tercetus apabila melihat akan kenyataan Kickdefella,

Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?

Mungkin Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan dan Mohamad Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan mahu mencabar blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua. - Kickdefella

Berdasarkan kenyataan tersebut, melihatkan Kickdefella cuba mengalihkan ketakutannya terhadap Husam Musa sehinggakan beliau sanggup menuduh pemimpin lain tidak berjasa kepada PAS, dan tidak berjasa dalam usaha untuk menjatuhkan UMNO.

Begitu juga dengan Tulang Besi, dia menampakkan kesepaduan isu dengan Kickdefella, tiada usaha untuk menghentam Kickdefella akan tetapi lebih banyak usaha untuk menghentam pimpinan PAS dan cuba sebolehnya untuk memporak-perandakan PAS. InsyAllah, cita-cita mereka tidak akan berjaya. Sebaliknya merekalah akan terlaknat dengan tindakan mereka.

Mengenai kenyataan Tulang Besi ini,

Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi. - Tulang Besi
Dan juga dengan kenyataan yang menghina ulama ini,
Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak? - Tulang Besi
Saya bercita-cita untuk mendengarkan dakwaan ini sekali lagi di Padang Masyar, di hari pengadilan nanti. Kenyataan yang mengandungi maklumat jahat ini pasti tidak akan terselamat di hadapan Allah nanti. Tulang besi dan sesiapa sahaja, hati-hati dalam menyebarkan maklumat.

Bagi kenyataan ini,
Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab. - Tulang Besi
Saya ingin menjawab,

Ulama' yang sebenarnya bergantung kepada Allah semata-mata untuk melindungi mereka, hanya kepada Allah sahaja mereka bergantung untuk terselamat daripada fitnah blogger-blogger celaka seperti Tulang Besi. Ulama' tidak perlukan kami. Akan tetapi Allah memberi kami peluang untuk membela pewaris nabi, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menjadi pembela pewaris nabi ini, InsyAllah ganjaran daripada Allah lagi bernilai daripada mendapat ganjaran dari manusia.

Kickdefella terkucil apabila Husam mencabarnya


Saya gembira kerana - Isu RM4 juta: Husam buat penjelasan terbuka malam ini. Dan, saya akan berusaha untuk mendapatkan video ceramah tersebut. InsyAllah saya akan uploadnya di Facebook dan juga youtube sekiranya tiada orang yang tolong upload.

Ramai orang menyalahkan Dato' Husam akan perihal Kickdefella dan RM4 juta. Bagi saya, jika benarlah Dato' Husam terlibat dalam dana RM4 juta ini, saya mengucapkan terima kasih kepada dia kerana, beliau sanggup berhempas pulas mencari dana untuk melawan UMNO.

Kerja kita selaku ahli PAS dan juga Pakatan Rakyat adalah menghapuskan UMNO dari Malaysia ini, supaya PR dapat memenangi pilihan raya dan berjaya memerintah Malaysia. Jika dana RM100 juta sekalipun saya akan tetap bersama dengan Dato' Husam.

Mengapa perlu disokong? Kerana wang tersebut bukan diambil dari wang rakyat, sebabnya Kerajaan Negeri Kelantan telah menafikan penglibatan GMC dalam kerajaan dan juga PAS Pusat dan PAS Negeri Kelantan telah pun menafikan RM4 juta ini. Sekiranya berlaku rasuah, saya yakin dan percaya SPRM akan mencari mereka berlima, yang dikatakan oleh Kickdefella sebagai pemberi dana bagi GMC.

Kickdefella seharusnya menyambut cabaran Dato' Husam, supaya menyebut nama beliau jika benar-benar beliau terlibat dalam angka RM4 juta tersebut. Dato' Husam ada menyebut kepada Malaysiakini:
"Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. - Malaysiakini
Itu adalah cabaran Dato' Husam kepada Kickdefella, jika Kickdefella berani, sila sebut nama Dato' Husam di dalam blog beliau. Jika tidak, ternyata beliau adalah penakut. Kickdefella tidak berani berdepan dengan Dato' Husam, dia hanya berani memberi persepsi yang salah sahaja kepada Dato' Husam.

Syabas sekali lagi kepada Dato' Husam kerana membuat penjelasan secara terbuka. Mapuh UMNO!

Kickdefella & Blogger Celaka guna blog untuk merosakkan PAS


Apabila kami, blogger yang dikatakan 'Pro Ulama' dicop sebagai 'pondan' oleh Tulang Besi, tetapi saya berasakan tuduhan tersebut sepatutnya diberi kepada beliau kembali. Kerana, beliau dan kumpulan blog celaka mengambil sikap 'pondan' sewaktu awal-awal Kickdefella menyerang Tok Guru.

Kenapa kami dicop sebagai 'Pro Ulama'? Kerana kami mempertahankan keseluruhan pimpinan yang ada di dalam PAS, kami tidak mencerca sesetengah dan memuji sesetengah. Kami mengambil sikap untuk mempertahan setiap pemimpin PAS yang ada.

Kami tidak menghentam Kickdefella dalam masa sama menghentam pimpinan lain sepertimana dilakukan oleh Tulang Besi pada artikel - Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?.

Blogger celaka sepertimana kita tahu, Tulang besi adalah antara orangnya dan ada lagi, sepertimana yang disenaraikan oleh Penembak Babi,
Atas nama persepsi dan tanpa bukti-bukti jelaslah maka mereka ini telah;

1. Menghina Mursyidul Am - Syed Botak
2. Menghina Timbalan Mursyidul Am - Wan Ji
3. Menghina Presiden Pas - Adoka & Poji Black Metal
4. Menghentam Timb. Presiden - Pak Bakaq, Fakaq & the geng
5. Menghentam Setiausaha Agung Pas
6. Mencerca dan menuduh Pesuruhjaya Pas Selangor - Adoka, Poji & beberapa yang lain.. - Penembak Babi
Itu sudah jelas, akan tetapi kita mohon mereka semua berubah, berubah untuk melawan Kickdefella yang sememangnya musuh yang nyata. Akan tetapi mereka lebih seronok menyebarkan maklumat yang jahat kepada orang ramai tentang keburukan pemimpin mereka sendiri.



Sebagai contohnya semasa Kickdefella menyerang dengan kuat Tok Guru, Wan Ji mengambil sikap untuk menyerang Presiden PAS. Pak Bakaq dan Zainulfakar menyerang Timbalan Presiden PAS. Perisik Rakyat pula menterbalikkan gambar Ustaz Idris Ahmad, mengapa sedemikian rupa kurang ajarnya mereka?

Atas dasar apa? Hanya disebabkan maklumat yang tidak sahih dan kekurangan ajar mereka terhadap pimpinan-pimpinan ini. Apakah mereka menginginkan nama mereka bergema di muktamar nanti? Ini hanya akan memalukan mereka sahaja.

Berhati-hatilah dalam menyebarkan maklumat, dibimbangi maklumat tersebut adalah maklumat jahat yang semata-mata mahu menghuru-harakan PAS sebagai jemaah Islam.

Dalam kuliah jumaat yang lepas, Presiden PAS menghuraikan akan perihal maklumat yang jahat ini dan mengenai blog yang banyak menyebarkan maklumat jahat, saya merasakan ia sesuai didengar oleh blogger-blogger celaka tersebut.

Wahai blogger celaka, sila dengar dan hayati klip ini terutama Wan Ji, dengar kata Ustaz tapi buat tindakan macam bukan Ustaz macam budak-budak sahaja.

Sedutan kuliah mengenai maklumat jahat dalam blog, 5 minit lebih sahaja yang di sampaikan oleh Presiden di Rusila pada Jumaat lepas, 30/04/2010


GMC bukan Tok Guru punya

Kickdefella semakin merapu, membuat kenyataan tanpa ada bukti kukuh dan kuat bagi membantu menguatkan hujah.

Syabas kepada Cikgu Pa kerana menjawab fitnah Kickdefella dengan cepat serta tangkas di sini - Bohong saya wakili GMC - Mustafa. Bagaimana kickdefella? Puas hati dengan jawapan Cikgu Pa?

Dalam artikel terbarunya juga, ia juga mendakwa,
Beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum 2008, YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz telah dijadualkan untuk memberi satu sidang media di Studio Global Media Channel Sdn Bhd. Memandangkan ini pertama kali Tuan Guru akan berkunjung ke GMC saya telah mengemukakan soalan kepada YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung pemilikan Global Media Channel.

“Kalau Tok Guru tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” Tanya saya pada Husam dalam pertemuan harian kami.

“Kata ni hok Tok Guru,” itu arahan daripada Husam.

Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam. - Kickdefella

Berdasarkan kenyataan di atas, tidak dapat membuktikan bahawa GMC ini adalah milik Tok Guru. Berdasarkan tajuk artikelnya yang mengelirukan saya berasakan kita patut mengambil tindakan dan melaporkan kepada pihak berkuasa yang Kickdefella membuat fitnah menuduh Tok Guru memiliki GMC. Tajuk artikel terbarunya ialah - GMC Hak Tok Guru.

Kickdefella menyebut dalam artikel itu nama-nama, seperti nama Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga Penolong Setiausaha Agung PAS yang saya percaya ia bernama Dato Takiyyudin yang pernah melawat dan menggunakan GMC. Dan terus menimbulkan persoalan kepada saya;

1) Apakah dengan menyebut nama-nama ini membolehkan orang percaya bahawa GMC ini PAS punya?

2) Apakah dengan tindakan ini, ingin membuktikan bahawa PAS tahu akan kewujudan GMC?

3) Tidakkah GMC itu memainkan peranan sebagai syarikat swasta, sesiapa sahaja boleh menggunakannya dengan syarat bayar perkhidmatannya? Mengapa Ustaz Nasharuddin dan Dato' Takiyuddin tidak boleh menggunakan syarikat swasta ini?

Banyak lagi persoalan timbul, namun saya simpan untuk jawap di lain artikel. Jawapan bagi kesemua soalan boleh dibaca pada artikel saya yang lepas - Apa itu Global Media Channel (GMC) & kaitan dengan RM 4 juta?. Baca dan fahami peranan GMC dan apa itu GMC sebenarnya. Paling jelas ia bukan PAS.

Dan selebihnya, saya menunggu jawapan daripada Dato' Hussam tentang dakwaan Kickdefella,
Di dalam mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan juga nama Global Media Channel disebut beberapa kali. Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula Global Media Channel kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya. - Kickdefella
Kesimpulannya, saya yakin dan percaya bahawa GMC bukan Tok Guru punya.

Dakwa Kickdefella di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997


Saya masih lagi sedih, dengan gelagat perisik-rakyat yang ingin membela seseorang akan tetapi menghina seseorang. Apa yang ingin disampaikan? Ingin menyampaikan bangga dan takbur yang dia tahu banyak maklumat daripada Ketua Penerangan PAS Pusat? Dalam waktu begini saya malas nak bergaduh sesama sendiri. Batu Api telah menyampaikan kemarahan saya dalam entri terbarunya - Hanya manusia yang biadab dan kurang ajar sahaja yang sanggup terbalikkan gambar pimpinan PAS!

Saya tidak berminat dengan insan yang kurang ajar ini. Apa yang saya hendak tulis di sini, saya mengucapkan syabas kepada Kickdefella yang berjaya bersoal siasat bersama SPRM selama 6 jam semalam.

Menurut sumber, Kickdefella bukan sahaja disiasat mengenai RM4 juta, akan tetapi Kickdefella disiasat di atas kesalahan pecah amanah yang telah dilaporkan terlebih dahulu oleh bekas pekerja GMC yang dahulu, yang mana tuduhan beliau tidak membayar gaji dengan sepatutnya pada mereka. Itulah sebabnya dia cuba memperbetulkan presepsi pengunjung blognya dengan,
Saya tidak pernah menyebut perkataan fitnah di dalam posting saya berhubung skandal OGS 4 Juta sebelum ini. Inilah pertama kali saya menyebutnya. Saya juga tidak pernah mengaitkan OGS 4 Juta dengan pembohongan untuk memburukan seseorang. Apa yang saya jelaskan ialah OGS 4 Juta ini bertujuan menimbulkan persepsi yang boleh melemahkan Pak Lah.

Saya juga tidak pernah menyebut perkataan Rasuah dalam posting saya bagi OGS 4 Juta kerana Ops saraf adalah aktiviti mesti dalam gerakan politik atau menentang musuh. Bahkan Sir Alex Ferguson juga menggunakan sepanjang masa dan akan menggunakannya minggu ini bagi usaha terakhirnya untuk membuat Chelsea tercicir sekurang-kurangnya dua mata. Media Inggeris memanggilnya ‘Mind Game’. - Kickdefella

Dan, mengikut SPRM, tindakan kickdefella mendedahkan di dalam blog bukti-bukti rasuah sebelum dilaporkan kpd SPRM adalah salah mengikut akta SPRM, sepertimana yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia,

"Dalam siasatan sesuatu kes, kita terpaksa menggunakan elemen kejutan. Tapi apabila sesuatu itu tidak lagi mengejutkan atau didedahkan terlebih dulu, banyak bahan bukti yang diperlukan dalam siasatan akan hilang," katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed sebelum ini pernah melahirkan kebimbangan dengan trend semakin ramai pihak yang membuat laporan kes rasuah mendedahkan maklumat mengenainya kepada umum.

Tindakan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997. - Utusan Malaysia

Oleh itu, kita boleh membuat laporan polis terhadap Kickdefella atas kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997,kerana, dia mendedahkan beberapa klip saraf yang kononnya dibuat untuk menampakkan kelemahan Pak Lah.

Ramai yang mencabar anda untuk mendedahkan kerana mereka tidak tahu, mereka ingin tahu, maka dengan kesilapan anda tersebut, silalah tanggung sendiri.

Kepada Kickdefella, lebih baik menonton Horton Hears a Who! di pagi hari ini, untuk lebih sensitif kepada sekeliling. - A person's a person, no matter how small!

Apa itu Global Media Channel (GMC) & kaitan dengan RM 4 juta?

GMC, mari kita mengenali apa itu GMC, saya amat bersetuju dengan penerangan apa itu GMC di dalam blog perisik-rakyat, namun saya tidak bersetuju dengan tindakannya menghentam sesetengah pimpinan PAS di dalam artikel tersebut,

Saya hanya "copy & paste" apa itu GMC, yang lain, anda baca sendirilah di blognya,
Dekat bawah ni aku terangkan secara ringkas apa itu Global Media Channel (GMC) dan maklumat dekat bawah ni aku dapat dari Pemilik Global Media Channel (GMC) sendiri dalam pertemuan dengannya kelmarin di JKR 10.

Macam yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella, Idea penubuhan Global Media Channel (GMC) bermula apabila beliau mula berkhidmat di Kelantan selepas melihat potensi sebuah Televisyen Internet (Broadcast) Kelantan TV.

Perkara ini (penubuhan Global Media Channel (GMC) kemudiannya dibincangkan dalam 1 mesyuarat di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada bulan April, 2007. beberapa pihak agak tidak senang dengan idea meletakkan pengurusan dibahu Blogger Kickdefella kerana beliau adalah Ahli UMNO.

Setelah mendapat penentangan berkenaan dengan penyerahan pengurusan, 1 keputusan telah dibuat oleh Dato' Haji Husam Musa iaitu - Global Media Channel (GMC) ditubuhkan sebagai sebuah Entiti berasingan yang bukan dibawah Parti PAS dan bukan juga dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Jelasnya ramai salah sangka sehingga sekarang dan ramai Ahli PAS beranggapan bahawa Global Media Channel (GMC) berada dibawah Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan. hakikatnya ialah - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ialah 1 Syarikat Swasta yang tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

Pendedahan yang tidak lengkap oleh Blogger Kickdefella sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan yang kurang baik terhadap Parti Pas dan juga Rakyat Kelantan lebih-lebih lagi apabila Blogger Kickdefella mendedahkan tentang pembiayaan bernilai hampir RM4 juta.

Ramai yang menyangka bahawa Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan telah membazirkan wang rakyat Kelantan untuk 1 aktiviti yang tidak berfaedah seperti yang telah didedahkan oleh Blogger Kickdefella.

Disini perlu dijelaskan secara lebih terperinci agar segala kekeliruan selama ini terlerai dan tiada lagi syak wasangka atau salah sangka dikalangan Ahli PAS sendiri.

Benar seperti pendedahan Blogger Kickdefella - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dimiliki oleh pemimpin PAS (pada masa itu). Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (pada masa itu) ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan yang juga Ahli Majlis MPKB - Abdul Rahman dan juga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian yang juga Setiausaha DPPK - Mohd.Ridza.

Rekod tersebut ialah rekod ketika Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ditubuhkan dan pada ketika ini Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd telah bertukar nama. harap Blogger Kickdefella sudi mendedahkan nama-nama Pengarah dan juga Pemegang Syer terbaru Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd selain dari Saudara Rosul.

Berkenaan dengan kewangan pula, dari awal penubuhan Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd sehinggalah ke waktu ini, baik Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK PERNAH menyumbangkan atau membiayai sebarang operasi atau projek yang dikendalikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kerana Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada apa-apa kepentingan didalam Syarikat Swasta ini.

Semua pembayaran yang dibuat oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kalau ada pun hanyalah untuk kerja-kerja atau perkhidmatan yang menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. dalam ertikata lain - Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya membayar charge yang dikenakan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd atas perkhidmatan dan bukannya "membiayai" operasi tersebut.

Tidak pernah timbul soal "pembaziran" oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal ini kerana yang dibayar adalah "Khidmat" dan bukannya suka-suka beri dana.

Yang ini kena perjelas pada semua Ahli PAS biar faham.

Khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang pernah digunakan oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan pula tidak termasuk "operasi perang saraf" seperti yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella. Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd antaranya Event Management, Rakaman dan Pembuatan Video dan lain-lain yang berkaitan dengan media termasuk mencetak poster TGNA membaca doa dalam Munajat Perdana.

Tidak ada dalam kertas kerja Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd agenda memburukkan Pak Lah jelas pemilik Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (sekarang).

Dalam hal pemilikan dan pembiayaan pula, memang benar pemilik asal dan sekarang Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd adalah Ahli PAS tetapi pemilikan itu adalah bersifat peribadi dan ianya tidak melibatkan kepentingan parti. ramai Ahli PAS yang mampu, berniaga dan masing-masing berniaga atas minat dan kepercayaan masing-masing.

Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dibuka oleh 2 pemilik asalnya dulu atas kapasiti peribadi dan bukannya atas kepentingan parti. saya ambil alih Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga atas kapasiti saya sendiri dan bukannya atas nama parti PAS. jadi apa masalahnya..? jelas Rosul.

Kesemua penyumbang-penyumbang dan juga pembiaya operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga melabur. mereka tertarik dengan program-program yang dijalankan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dan mereka berminat untuk melabur. jadi semuanya tidak ada kena mengena dengan Parti atau Kerajaan Negeri. personal. - perisik-rakyat

Mereka, blogger anti-UG, apa-apa hal yang terjadi, keburukan yang dilakukan oleh sesetengah pimpinan yang mereka sayangi akan dibandingkan dengan apa jua pro-UG buat. Bagi mereka ada pemimpin PAS yang perlu dinaikkan dan ada pemimpin PAS yang perlu dijatuhkan.

Bagi saya, kesemua pemimpin PAS perlu dijaga maruah dan kredibiliti mereka, bukan ambil separuh dan meninggalkan separuh, yang mana boleh dianggap boleh dimakan, mereka akan dipuja.

Sekian.

Klip video yang mempunyai saham RM4 juta. Wow!

Mari kita nilai video yang kononnya menjadi bahan bukti untuk menjatuhkan Pak Lah ini,



1) Apakah Kickdefella berbangga dengan mengambil hasil tangkapan gambar orang lain untuk menjadi satu klip media yang dibayar sebanyak RM4 juta? Saya yakin dan percaya bahawa gambar tersebut bukan Kickdefella yang mengambilnya.

2) Adakah klip ini mahal kerana membayar kepada si penggubah lagu Ku cari Damai Abadi tersebut yang menjadi background kepada klip ini?

3) Apakah klip ini berunsur fitnah? Tidak betul? Ianya betul, gambar tersebut bukan super impose, gambar Pak Lah memegang perempuan sememangnya betul. Dan, apakah masalah dengan klip ini untuk menyabitkan kesalahan menjatuhkan Pak Lah?




1) Klip ini dipenuhi klip-klip yang diambil dari sebarang cabang, di ambil daripada tv-tv, sumber klip dari internet, web-web.

2) Sepertimana juga, video klip di atas. Apakah masalah dengan klip di atas, apakah ia satu fitnah? Tidak, ia merupakan satu realiti tentang apa yang berlaku dalam Malaysia yang diterajui oleh UMNO.

Saya cukup bersetuju dengan komentar pengunjung blog kickdefella ini,
KerisKontot

Tuan Sheih saya cadangkan, ambiklah contoh dari YB Zul Nordin…pergi melutut depan Pak Lah dan mintak maaf, sebab RM4 juta yang awak dapat Pak Lah terpaksa ucap selamat tinggal dan saya juga cadangkan supaya awak bantu najib pula sebab dengan RM4 juta sahaja awak boleh jatuhkan PM sedangkan Najib terpaksa bayar RM70juta ++ kepada APCO untuk bina imej..

Kesimpulannya, klip yang kononnya bukti RM4 juta ini merupakan berita yang sahih dan bukannya fitnah yang di ada -adakan untuk menjatuhkan Pak Lah. Jika tidak percaya, anda nilai lah sendiri.

Dan juga anda boleh nilai, sejauh mana kepakaran Kickdefella dalam bab saraf ini sehingga dia mendakwa dia dibayar dalam bentuk angka RM4 juta. Adakah dia mendabik dada dengan menyatakan RM 4 juta tersebut untuk mengiyakan sumbangan dia dalam PAS?

Anda sendiri boleh menilai sejauh mana harga diri Kickdefella.

Kickdefella nilai dirinya hanya RM4 juta sahaja, begitu memalukan

Saya tersangat gembira apabila Kickdefella memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, kerana kita semua ingin mengetahui siapa yang salah dalam perihal RM4 juta dan GMC ini. Kita juga kita hendak tahu bagaimana GMC yang kononnya mendapat RM4juta ini sudah dilihat sebagai satu kompeni yang bangkrap. Dan kita hendak tahu, bagaimana Kickdefella menguruskan GMC sehingga GMC ini tersungkur ke bumi sekarang, apakah pecah amanah berlaku di sana? Hanya Kickdefella yang dapat memberikan jawapan.

Semalam kickdefella telah mendedahkan di media tentang lima orang yang terlibat dalam RM4juta ini,

Utusan Online
melaporkan,

Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.

Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Saya boleh mengangak dan meneka siapa yang dimaksudkan oleh Kickdefella tersebut, jika mengaitkan GMC.

Lapor Sinar Harian hari ini di muka hadapan,


Saya mengambil sikap sepertimana Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar menyuruh Kickdefella mendedahkan siapa yang menyalurkan RM4 juta tersebut untuk disiasat, sepertimana dilaporkan di Sinar Harian pada hari ini ;


Hari ini, kickdefella melaporkan dalam blognya - Lebih Bukti Akan Di Serah Kepada SPRM Seperti Dituntut Oleh Idris Ahmad ,

Kickdefella dipanggil untuk hadir buat kali kedua pagi ini oleh SPRM bagi menyerahkan lebih banyak bukti kewujudan aktiviti yang dibiayai oleh Skandal RM 4 Juta untuk aktiviti gerak saraf seperti yang hangat diperkatakan. Kickdefella akan hadir ke sana di dalam beberapa jam lagi.
Apakah sebabnya kickdefella menguploadkan video-video, adakah video klip itu sebagai bukti yang wujudnya RM4juta tersebut, saya tidak suka dan tidak bersetuju jika dia hanya mendedahkan video klip tersebut. Saya amat bersetuju apabila dia mendedahkan dokumen yang bertulis, seperti surat ataupun resit yang mana boleh dikaitkan dengan Rm4 juta tersebut.

Sepertimana diketahui umum,

1) RM4 juta adalah tidak salah jika ia digunakan untuk menjatuhkan UMNO, apakah salah pada pandangan anda?

2) SPRM hanya hendak mengetahui dari mana dan di mana wang tersebut dicari, jika ia tersabit dengan cara yang salah, barulah ia salah. Pada hakikatnya kes untuk lawan UMNO tidak disabitkan kesalahan.

3) PAS sepertimana diketahui umum, membuka siasatan 25 jam kepada SPRM untuk menyiasat akan segala hal mengenai rasuah. Maka dalam kes ini, PAS tidak takut untuk membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat.

4) Jika Kickdefella merasakan dirinya dipergunakan, memang wajar, kerana beliau telah menjual harga dirinya dengan murah, dirinya hanya berharga RM4 juta, teramat murah, menjual diri untuk kepentingan dunia amatlah murah.

Ketahuilah, menjual diri kepada Tuhan amat menguntungkan, saya tidak menjual diri saya kepada sesama makhluk, hanya menjual diri ini kepada Tuhan yang maha Agung.


Kesimpulannya, seberapa banyak wang yang digunakan, RM 10 juta ataupun RM 100 juta adalah tidak salah jika digunakan untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional.

p/s Klik pada gambar untuk melihat secara lebih jelas.

Kickdefella lebih lama kerja dengan PAS berbanding Fadhli Shaari

Saya masih lagi memikirkan, kenapa kickdefella memasukkan bualan di antara SU Akhbar yang lama bersama Akmal? Ada apa dengan perbualan ini?

Mohd Saiba: Ustaz Fadli Shaari.

Akmal Ilham: Ustaz Fadli Shaari? Orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Dia masa khemah ibadat terawih di stadium nih, oh, forum perang badar dia pengerusi, dia banyak pengerusi.

Akmal Ilham: Jawatan dia dalam parti godioh (Apa jawatan dia dalam parti)?

Mohd Saiba: Tak dok rasanya.

Akmal Ilham: Oh, tak kenal belaka tuh, orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Tok Guru pun tak kenal eh (Tok Guru pun tak kenal Fadhli Shaari).

Akmal Ilham: Orang ‘mana eh? Sapodio jong (cadang), Abduh kah, Shaari? (Nik Abduh atau ‘Maulana’ Shaari Mustafa)

Mohd Saiba: Ah, Abduh, Shaari, lama ‘dah dia royat kor ana nya, sebelum ‘ni lagi, dia duk sebut nama Fadli, Fadli.

Akmal Ilham: Dok eh, orang ‘mana asal?

Mohd Saiba: Aih, ana tak leh nak royat, Kelantan jugaklah.

Akmal Ilham: Dok eh, takkan tak dok gotuh?

Mohd Saiba: Biodata?

Akmal Ilham: Kegiatan dalam parti kor ‘gapo?

Mohd Saiba: Dok. Ada orang jemput ceramah ‘gitu jah, Kota Bharu rajin jemput.


Adakah dengan memasukkan temubual ini untuk menyatakan,

1) Ustaz Fadhli Shaari adalah budak mentah dalam perjuangan PAS?

2) Adakah ingin membandingkan senioriti anda dengan Ustaz Fadhli dalam PAS?

3) Adakah ingin menghina Ustaz Fadhli dengan memasukkan jawapan daripada Ustaz Saiba yang sememangnya tidak mengenali Ustaz Fadhli?

4) Adakah anda merasa tergugat dengan kemunculan Ustaz Fadhli yang telah mencabar anda, tetapi anda tidak berupaya menjawab?

Jawapan saya,

1) Ustaz Saiba tidak mengenali Ustaz Fadhli dari segi penglibatan dalam parti kerana ahli PAS terlalu ramai. Dan jika anda kenal orang Pasir Mas, mereka amat mengenali Ustaz Fadhli kerana dia adalah pemuda Pasir Mas yang aktif. Kenapa kickdefella tidak tahu? Kerana dia menganggap PAS itu hanya di pejabat MB, dia tidak terlibat dengan PAS di cawangan mahupun kawasan.

2) Kickdefella menganggap dia lebih senioriti daripada Ustaz Fadhli kerana dia telah lama bekerja dengan Tuan Guru, selama 3 tahun, Ustaz Fadhli hanya baru beberapa bulan. Kickdefella tidak sedar yang dia bukan ahli PAS, dan Ustaz Fadhli ahli PAS, Ustaz Fadhli terlibat secara aktif dalam Pemuda PAS, kickdefella tidak. Bagaimana hendak dibanggakan? Kickdefella, jika anda ingin membanggakan senioriti anda, sila masuk PAS dahulu.

3) Kickdefella beralih untuk menyerang peribadi Ustaz Fadhli Shaari tanpa mengenali Ustaz Fadhli terlebih dahulu, dia menyerang Ustaz Fadhli di atas isu yang sememangnya dia kalah dalam isu senioriti. Ustaz Fadhli adalah ahli PAS lebih daripada 3 tahun, bekerja untuk PAS pada awalan remaja, siapa kickdefella untuk memperlekeh ahli PAS ini?

Akhir sekali, kepada kickdefella, jangan bangga sangat dengan bekerja di GMC dan di PMBK selama 3 tahun, itu hanya memalukan orang, orang lain telah bekerja dengan PAS berpuluh-puluh tahun tapi tidak pernah membangga diri dan menganggap diri sebagai senioriti.

Isu GMC, Isu 4 juta merupakan nyawa-nyawa akhir bagi Kickdefella.