Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Kickdefella menfitnah Tuan Guru - Big Sweeps halal di Kelantan

Saya ingin meminta kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan akan fitnah Kickdefella pada tulisan terbarunya di artikel - Judi: Siapa Untung Siapa Rugi. Yang jelas mengfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghalalkan loteri Big Sweeps beroperasi di Kelantan.

Kerana di dalam artikel tersebut menyebutkan,
"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam." - Kickdefella
Tulisan beliau seolah-olah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Big Sweeps ini berlaku. Padahal perkara tersebut adalah suatu fitnah yang nyata. Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah membenarkan Big Sweeps berlaku dan saya percaya ia beroperasi secara haram.

Jika beliau mengetahui operasi Big Sweeps ini maka beliau adalah bersama-sama mereka. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa samada BRI ataupun pihak polis kerana jelas, operasi itu adalah haram.

Dan satu lagi tuduhan fitnah beliau kepada Kerajaan Negeri Kelantan ialah,

"Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?"- Kickdefella

Ini adalah satu tuduhan fitnah yang tidak disertakan bukti yang nyata, jika benar tuduhan ini saya mencabar Kickdefella ataupun sesiapa sahaja yang bersama dengannya untuk membuktikan perkara ini.

Mengenai perihal arak yang dibangkitkan oleh Kickdefella, saya ingin memetik artikel yang ditulis oleh Mohd Termizi yang menjelaskan,

Kaedah dan peraturan penjualan arak

Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.

Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat.

Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.

Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam.

Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza.

Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah.

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.

Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak.

Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.

Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.

Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.

Artikel penuhnya di - Cadangan kawal jualan arak

Sibuk - Perlu masa

Sudah lama tidak bersiaran, mengambil sikap membaca sahaja kerana diri ini terlalu sibuk dengan tugasan harian. InsyAllah akan kembali bersiaran secepat yang mungkin.

Bercuti - Sibu

Saya berada di Sibu sekarang, dan teramat susah untuk online. Saya tidak gemar menggunakan telefon saya untuk menulis blog. Oleh itu saya bercuti daripada menulis sehingga selesai kerja-kerja di Sibu.

InsyAllah Pakatan Rakyat melalui DAP akan memperolehi kemenangan di Sibu. Doakan.

Penyebar maklumat jahat ke neraka - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Nasharuddin jawab Kickdefella - Tiada maklumat GMC


Kickdefella terus senyap, kelu dan seolah-olah tidak dapat berbicara apabila Dato' Paduka Husam menjelaskan perihal RM 4 juta. Kenapa? lawanlah kalau Husam salah, Kickdefella berdiam diri menunjukkan beliau tidak dapat berhujah untuk melawan hujah Husam.

Kickdefella cuba mengheret Ustaz Nasharuddin dalam kancah fitnahnya itu, namun Ustaz Nasharuddin telah menjawab,
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berpendapat selaras sepertimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha parti itu, Dato' Mustafa Ali bahawa PAS diperingkat Pusat mahupun negeri tidak mempunyai maklumat mengenai penubuhan syarikat berkenaan dan sumber kewangan RM 4 juta yang dikatakan oleh penulis blog, Kickdefella. - Ann

Kickdefella menuduhnya,
Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya. - Kickdefella
Ustaz Nasharuddin menjawab,

Walaubagaimanapun, beliau tidak menafikan pernah menghadiri dalam satu majlis penerangan ataupun temubual yang telah diadakan sepertimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan sempena menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu di Kota Bharu. Nasharudin turut memaklumkan bahawa pengetahuannya terhadap syarikat itu hanya sekadar untuk mempromosi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pilihanraya sahaja.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau sama sepertimana memenuhi undangan-undangan yang dijemput oleh agensi-agensi media bagi tujuan kempen seperti BBC, CNN, Channel News Asia dan media tempatan yang lain. Ia juga sebahagian daripada praktis untuk menjawab apa jua soalan yang dikemukakan oleh media mengenai parti dan pilihanraya. - Ann
Saya ternanti-nanti jawapan Kickdefella dan juga ternanti-nanti jawapan daripada blogger-blogger lain yang ingin mempertahankan Kickdefella. Anda pertahan Kickdefella secara automatiknya anda adalah musuh saya.

Husam jawab kickdefella - Nafi RM4 juta [video]

Sila dengar sendiri, apakah tajuk artikel Kickdefella - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta menepati ataupun tidak.



Harakah Daily telah melaporkannya sebelum ini, namun isi video lebih menarik daripada artikel ini,
RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya - Husam
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.

Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.

Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.

Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.

“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.

Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan.

“Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.

Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar.

“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.

Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.

“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.

Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.

“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.

“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.

Kerana itu, tamabhnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.

“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi. - Harakah Daily

Kickdefella & Tulang Besi berpakat menghancurkan PAS

Saya pelik dengan entri Kickdefella yang terbaru - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta. Dan juga saya pelik dengan entri Tulang Besi - Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?. Mereka mempunyai persamaan dan meneruskan agenda untuk menghentam PAS.

Kickdefella - Seolah-olah beliau begitu takut kepada Husam Musa sehinggakan beliau tidak menjawab, kickdefella hanya copy & paste part yang tidak menghentam dirinya. Dan seolah-olah beliau tidak tercabar dengan cabaran Husam yang mengatakan RM4 juta itu fitnah, sepertimana dilaporkan di dalam Harakah Daily.
“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi. - Harakah Daily
Sebaliknya Kickdefella memuji Husam dengan menyatakan,
Terima Kasih YB Dato’ Haji Husam Musa di atas penjelasan itu. Sekarang Husah sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS. Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 Juta untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, kemanakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan? - Kickdefella
Saya hanya ingin bertanya,

1) Apakah Kickdefella sudah mula takut? Kerana Husam Musa sudah memberi respon balas tentang isu RM4 juta.
2) Apakah Kickdefella merasakan takut, kerana bila-bila masa sahaja Husam Musa akan mendedahkan apa sahaja yang telah dilakukan Kickdefella semasa berada di GMC, samada kebaikan mahupun penyelewengan yang berlaku.

Soalan saya tersebut tercetus apabila melihat akan kenyataan Kickdefella,

Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?

Mungkin Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan dan Mohamad Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan mahu mencabar blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua. - Kickdefella

Berdasarkan kenyataan tersebut, melihatkan Kickdefella cuba mengalihkan ketakutannya terhadap Husam Musa sehinggakan beliau sanggup menuduh pemimpin lain tidak berjasa kepada PAS, dan tidak berjasa dalam usaha untuk menjatuhkan UMNO.

Begitu juga dengan Tulang Besi, dia menampakkan kesepaduan isu dengan Kickdefella, tiada usaha untuk menghentam Kickdefella akan tetapi lebih banyak usaha untuk menghentam pimpinan PAS dan cuba sebolehnya untuk memporak-perandakan PAS. InsyAllah, cita-cita mereka tidak akan berjaya. Sebaliknya merekalah akan terlaknat dengan tindakan mereka.

Mengenai kenyataan Tulang Besi ini,

Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi. - Tulang Besi
Dan juga dengan kenyataan yang menghina ulama ini,
Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak? - Tulang Besi
Saya bercita-cita untuk mendengarkan dakwaan ini sekali lagi di Padang Masyar, di hari pengadilan nanti. Kenyataan yang mengandungi maklumat jahat ini pasti tidak akan terselamat di hadapan Allah nanti. Tulang besi dan sesiapa sahaja, hati-hati dalam menyebarkan maklumat.

Bagi kenyataan ini,
Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab. - Tulang Besi
Saya ingin menjawab,

Ulama' yang sebenarnya bergantung kepada Allah semata-mata untuk melindungi mereka, hanya kepada Allah sahaja mereka bergantung untuk terselamat daripada fitnah blogger-blogger celaka seperti Tulang Besi. Ulama' tidak perlukan kami. Akan tetapi Allah memberi kami peluang untuk membela pewaris nabi, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menjadi pembela pewaris nabi ini, InsyAllah ganjaran daripada Allah lagi bernilai daripada mendapat ganjaran dari manusia.