Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

RM4juta: Kickdefella kentutnya berdegar-degar, beraknya tiada

Satu kesilapan ke atas diri saya kerana terpengaruh dengan tulisan Kickdefella tanpa merujuk sumber asal akan cabaran Kickdefella mengatakan kononnya SU Akhbar yang mencabarnya. Saya tersilap. Rupanya kenyataan media asal Fadhli Shaari yang sememangnya SU Akhbar kepada Tok Guru mencabar Kickdefella atas nama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Secara mudah untuk difahami ialah Fadhli Shaari mencabar Kickdefella atas nama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan bukannya atas nama Setiausaha Akhbar. Berdasarkan kenyataan terbaru beliau:
2.Suka saya memaklumkan bahawa kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat lapooran polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di mana saya merupakan Ketua Penerangannya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebagai Setiausaha Akhbar. - Fadhli Shaari
Kickdefella sememangnya gilakan publisiti, dia tidak mahu mengaitkan Fadhli Shaari dalam pemuda, dia hanya melihat dari segi tubuh Tok Guru Nik Aziz. Betapa gila publisitinya Kickdefella tersebut.

Dengan mendabik dada Kickdefella mengumumkan dalam blognya;

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mampu tergelak, apakah betul apa yang didakwanya?, kerana tiada sebarang bukti pun yang dilampirkan akan hal perihal RM4 juta tersebut. Apa sebenarnya RM4 juta tersebut? Mengapa tidak dilampirkan bukti seperti dokumen-dokumen yang lepas seperti surat PASTI dan juga seperti Laporan Postmorterm PRU 12? Mengapa?

Saya juga ketawa terkekek-kekek seperti pontianak terjumpa paku setengah inci apabila membaca laporan Malaysiakini;
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Syed Azidi berkata beliau tidak mempunyai apa-apa tujuan selain menjawab kenyataan Ahmad Fadhli yang dilaporkan mendakwanya tidak banyak membantu PAS dalam pilihan raya.

"Sebagai orang baru, dia sepatunya teliti dahulu (fakta) sebelum keluarkan sebarang kenyataan.

"Terlajak perahu boleh diundar, terlajak kata buruk padahnya," katanya yang baru dua bulan dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Malaysiakini
Saya tertanya-tanya, siapa orang baru dan siapa orang lama? Jawapan mudah ialah periksa keahlian PAS dan kita boleh tahu siapa yang baru dan siapa yang lama. Kickdefella? Bukan ahli PAS, hanya diambil kerja untuk beberapa ketika sahaja. Hanya bekerja beberapa ketika sahaja sudah sombong bagaikan nak gila.

Isu RM4 juta benar-benar memerangkap Kickdefella antara benar atau pembohongan. Beliau hanya menyalak-nyalak, bukti RM4 juta langsung tidak dikemukakan. Apakah jawapannya nanti mengenai RM4 juta begini? - "ada beberapa perkara yang dia tidak akan maklumkan kepada sesiapa dan akan "disimpan sampai mati". - Adakah begitu? Kalau begitu anda sememangnya berbohong dan berburuk sangka dan ada niat untuk mencemarkan nama baik PAS Kelantan.

Kickdefella sekarang bagaikan anjing yang tersepit, tidak tahu membezakan hendak kentut ataupun hendak berak.

Yang hanya dia tahu, dia menyebut dengan manja nama Tulang Besi. Ada apa-apakah? Tak keluar minum bersama pekena sama itu sisha dan barbican kah?

Sila baca juga artikel ini :

1) Kickdefella... tak perlu 4 juta sekadar nak burukkan Pak Lah
2) Ayuh Dakwa Tuan Guru!

Cabar kickdefella untuk dedahkan pemberi RM4 juta

Hebat kickdefella, hasil daripada artikel terbarunya semalam media massa di bawah pengaruh UMNO memetik perkataan "RM 4 juta". Khususnya Utusan Malaysia terus meletakkan angka tersebut pada muka hadapan.

Jelas terbukti, kickdefella selama ini bekerja dengan UMNO dan UMNO hanya menunggu maklumat yang bakal didedahkan, saya tidak tahu harga maklumat tersebut, sama ada maklumat tersebut dapat di muatkan di muka hadapan memberi pendapatan lumayan kepada kickdefella, hanya beliau sahaja yang mengetahui.

Sepertimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia, di muka hadapan



Dan sepertimana dilaporkan di dalam Sinar Harian, hanya berita kecil


Saya mencabar Kickdefella untuk mendedahkan, siapa memberi RM4 juta tersebut, jika beliau tidak dapat membuktikan, beliau adalah pembohong dan penfitnah yang nyata.

Kickdefella menghakimi TGNA, bukannya SPRM, setuju?

Saya masih lagi tidak mengerti bagaimana perasaan dendam kesumat Kickdefella ke atas Tuan Guru Nik Aziz. Apakah dendam tersebut akan terus melekat sehingga ke liang lahad? Apakah dia menginginkan jasadnya dibungkus dendam tersebut bersama dengan kain kafan yang bakal dipakainya nanti?

Artikel terbaru beliau Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi jelas menyaksikan bahawa beliau begitu optimis dan setiap masa mendoakan supaya Tuan Guru Nik Aziz disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah berdasarkan bukti-bukti yang ada padanya.

Saya hairan, apakah bukti yang dia ada sehinggakan SPRM sampai sekarang tidak dapat mensabitkan kesalahan-kesalahan tersebut? Apakah SPRM bodoh sehinggakan tiada bukti sepertimana bukti yang ada pada kickdefella? Saya teramat pelik. Kickdefella, saya ingin menyeru kepada anda supaya bantu SPRM dengan memberi bukti yang ada pada anda, supaya kami semua jelas akan kesalahan yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam artikel yang sama, beliau telah "copy paste" artikel dari harakah tentang cabaran dari Setiausaha Akhbar yang jelas mengatakan,

“Saya juga mencabar dia membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meyakini terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 1990.

“Menteri Besar sering kali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat,” - SU akhbar Tok Guru
Saya membaca keseluruhan artikel beliau dan kickdefella tidak berupaya menjawab akan cabaran tersebut. Kickdefella ingin bermain-main dengan Tulang Besi kerana suatu masa dahulu mereka berdua adalah sahabat. Sebaliknya dia telah mencabar SU akhbar dengan kenyataan,

Pada waktu yang sama saya mencabar Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz yang baru itu untuk menyiasat apa yang saya buat dengan pembiayaan wang sebesar itu. Jika ada bukti saya menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi, saya berharap beliau sertakan buktinya sekali.

Saya tidak akan memberi sebarang perhatian terhadap cabaran Tulang Besi ke atas Kickdefella, dan juga cabaran Kickdefella ke atas Tulang Besi, mereka di ibarat seperti Israel dan Amerika, mereka saling cabar mencabar akan tetapi mereka sebenarnya sahabat baik.

Saya hanya memberi perhatian akan hal cabaran Setiausaha Akhbar terhadap Kickdefella, sekiranya beliau tidak menjawab, saya akan terus menganggap beliau sebagai syaitan yang tidak habis-habis dendam kesumatnya terhadap manusia.

Hanya syaitan sahaja yang sombong dan takbur, syaitan tidak akan tunduk akan perintah Allah untuk sujud kepada manusia. Sepertimana kickdefella, beliau tidak sabar-sabar menunggu keputusan daripada SPRM, sebaliknya beliau sendiri yang menjatuhkan hukuman kepada Tuan Guru Nik Aziz. Begitu persetannya beliau. Kepada sesiapa yang bersama-sama Kickdefella, menyokongnya, maka anda termasuk dalam golongan syaitan tersebut.

Kembali bersiaran

Sudah lama tidak bersiaran, sudah lama tidak menulis. Kickdefella apa khabar agaknya, melihatkan entri terbaru dia ada mengusik Dato' Paduka Hussam Musa, apa yang dia hendak sebenarnya.

InsyAllah akan bermula bersiaran seperti biasa dalam masa terdekat ini.

Wan Ji Albakistani : Kickdefella lebih mulia dari Presiden PAS

Apabila membaca artikel di tranungkite.net -Wan Ji Albakistani Hina Presiden PAS - Saya tidak terkejut kerana itulah akhlak blogger celaka, menghina pimpinan sendiri dan mengagungkan pimpinan parti lain.

Mereka ini menghina sesetengah pimpinan untuk menaikkan nama sesetengah pimpinan lain, langsung tidak ada semangat berjemaah.

Wan Ji bersemangat hina Presiden PAS daripada mengutuk perbuatan kickdefella yang jelas mengfitnah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Tiada pembelaan yang dibuat olehnya, seolah-olah kickdefella lebih mulia daripada Presiden PAS.

Saya suka ayat Freezone berkenaan Wan Ji

inilah blogger yang berjaya menyembunyikan sikapnya dengan tulisan tulisan bercorak keislaman, menulis fakta fitnah dengan ayat ayat alquran. sewaktu kickdecolla melontarkan fitnah ulamak kepala lutut ketawa melihat tok guru keseorangan dalam melawan arus fitnah. siang malan menulis menyanjung keperibadian ulamak tok guru nik aziz. tapi dalam masa yang sama memberi peluru kepada member sekandang melemparkan fitnah terkutuk kepada tok guru nik aziz. sikap ulamak kepala lutut semakin jelas dalam menentang kepimpinan pas selepas bergaul mesra dengan adukatarakguna dan alibangang. hentaman dan kutukan kepada ulamak pas semakin berbisa dan semakin banyak setiap hari.

Nak kenal siapa Wan Ji? Cuba anda tekanya di dalam gambar di bawah



p/s rasa nak masukkan link blog Wan Ji ni bersama dengan link kickdefella je, tapi kita sabar dulu, sabar...

TB baru nak berlakon tetapi telah dikasi oleh Batu Api

Baru sahaja saya memuji Tulang Besi, namun Batu Api telah mengendur dan memudarkan pujian yang harus saya berikan kepada si Tulang Besi.

Sila baca artikel ini, ia amat penting dan mendedahkan siapa yang membuat blog anti-Husam. Sila baca : Apabila satu team pura-pura bergaduh...

Tulang Besi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya, jatuh ke tanah juga kerana Batu Api berkiblatkan ke atas laporan ini :
Penulis blog yang aktif menulis tentang pasukan itu, antaranya, Abdul Rahman Abdul Talib (Malaysia Waves) yang sering mendedahkan konflik dalaman PAS, Abu Bakar Mohd Rashid (Penarik Beca) yang mengamat politik dalaman parti Islam itu dan bekas pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdafella) - yang bertembung secara terbuka dengan menantu Nik Aziz. - Malaysiakini
Saya menarik balik pujian yang telah diberi pada artikel ini - Syabas Tulang Besi - Maaf Tulang Besi, sila cuba lagi.

Musang berbulu ayam akan berbogel nanti

Saya tidak pernah membenarkan akan hal adanya pimpinan atau anggota parti yang membocorkan rahsia parti, berkenaan dokumen yang telah dibocorkan oleh kickdefella iaitu Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Abdullah Amar Nik Abdullah iaitu seperti mana laporan Malaysian Insider:
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Abdullah Amar Nik Abdullah berkata pihaknya akan membuat siasatan teliti dan secara berperingkat bagi menentukan kebenaran dakwaan itu bagi mengelakkan wujud unsur-unsur tidak sihat dalam parti itu.
Katanya lagi,
“Sebelum itu kita akan memastikan kebenaran dakwaan yang ditulis dalam laman blog itu sebelum membuat siasatan di peringkat dalaman,”
Oleh itu, penyokong PAS jangan risau, hal ini akan disiasat untuk menentukan bahawa benar ataupun tidak dakwaan blogger kickdefella itu. Jika benar, sudah pasti, pimpinan atau anggota parti terlibat akan diambil tindak sekerasnya.

Kita doakan bersama, supaya hal ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Peringatan kepada kickdefella & semua orang akan hal neraka

Saya ingin menyeru kepada kickdefella, supaya membaca teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS, akan tetapi sebelum membacanya sila buang perasaan dendam kesumat, hasad dengki, khianat dan fitnah dahulu, selepas itu barulah membacanya, sila baca teks tersebut yang bertajuk :

Menyebar Maklumat bohong ke Neraka

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.

Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.

Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.

Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.

Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.

Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .

Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.

Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.

Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.

Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia”
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.

Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.

Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.


Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt

(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)

Penjelasan hal Ayoh Loh Tok Guru Kickdefella yang sesat [VIDEO]

Tok Guru terbaru kepada kickdefella adalah Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan sepertimana diterangkan olehnya pada entri - Perjanjian Syaitan.

Tok Guru Ayah Haji Lah dikenali juga sebagai Tok Guru Ayoh Loh, beliau digunakan sepenuhnya untuk menyerang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz ketika isu Maulud, beliau mengfitnah Tok Guru tidak mahu menyambut maulud dan wahabi.

Oleh itu, tidak pelik, kickdefella berserta dengan Ayoh Loh menyerang TGNA, kerana mereka berdua adalah ejen UMNO. Kickdefella menyerang di alam maya dan Ayoh Loh pula menyerang di pentas ceramah UMNO di Kelantan. Orang Kelantan semua tahu bagaimana sikap Ayoh Loh ini.

Kickdefella berimankan kepada ayat Ayoh Loh iaitu,
“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan."
Saya tidak mahu terangkan lebih detail bab ini, sila tonton ceramah oleh Ustaz Hamid Derani yang menjawab secara detail bagaimana Ayoh Loh ini boleh menjadi penceramah UMNO kerana beliau pergi mendengar sendiri Ayoh Loh berucap. Dan Ustaz Hamid Derani juga menerangkan bagaimana Ayoh Loh ini sesat sehingga menyokong UMNO.

Video yang saya upload ini kualitinya adalah sama seperti vcd, mungkin akan mengalami buffering yang teramat sangat. Maaf atas kesulitan yang dialami.

Ayoh Loh Sesat - Bahagian 1



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 2



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 3



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 4



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 5



Ayoh Loh Sesat - Bahagian 6

Ayoh Loh Geting yang sesat dipuja oleh kickdefella

Sewaktu ketika dahulu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dipuja, dimanja dan dipuji oleh kickdefella, setelah memerangi TGNA, kickdefella beralih kepada Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Dalam entrinya - Perjanjian Syaitan - Apabila dia menuduh Tok Guru sesat apabila mengubah ijtihad dan mengatakan -

‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan."

Keseluruhan artikel terjawab apabila dia faham ijtihad. Cuma saya nak tanya kickdefella adakah anda mengerti maksud perkataan ijtihad?

Ketika pondok geting terbakar, Anuar Musa memberikan RM100 ribu lebih kepada Ayah Loh, kata Ayah Loh dalam ceramahnya. Bukti jelas UMNO telah mengumpan Ayoh Loh, dan telah menjadi alat UMNO untuk menyerang PAS.

Saya akan upload video ceramah penerangan Ustaz Hamid Derani menjawab Ayoh Loh ini, mengambil sedikit masa. InsyAllah saya cuba secepatnya.

Ustaz Hamid Derani merupakan bekas ahli UMNO.

Sejuta Harapan di Hulu Selangor

Kemenangan di Hulu Selangor adalah diimpikan bagi setiap jiwa yang bersama dengan Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak berjaya? Mestilah dengan keazaman dan kerja yang berterusan.

Saya secara peribadi menerima siapa sahaja calon yang bakal dicalonkan nanti. Ia merupakan kebijaksanaan pimpinan PKR untuk menentukan calon. Ada orang kata, Zaid Ibrahim akan menjadi calon, jika benar, saya amat bersetuju.

Calon bukanlah masalah besar bagi Pakatan Rakyat, kerjasama kesemua kompenen Pakatan Rakyat adalah penting., PAS, DAP dan PKR.

InsyAllah kita akan berjaya di Hulu Selangor, doa berserta kerja yang kuat amat-amat diperlukan. PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nasharuddin selaku Pengarah Pilihanraya mampu untuk memberi sepenuh kerjasama kepada PKR.

Usrah barbican yang suka meeting

Batu Api, Ali Zaidan, Penembak Babi dan sahabat-sahabat lain, tak nak buat meeting ke?

Geng kononnya Pakatan Rakyat dah buat meeting, ini buktinya, cuma tak ada gambar meeting je, sama ada barbican atau tak, tak tau lah, nak kata tak ada itu minuman rasmi diorang.

Kenyataan Topeng Perak akan hal meeting,



Wow!... kalau diorang geng Pakatan Rakyat, kita? PAS tulen? PAS bukan ke dalam Pakatan Rakyat?

Kickdefella Fitnah - Derma Rasuah TGNA

Kali ini saya ingin menulis bab derma. Kickdefella menggunakan isu derma ini untuk mengaitkan Tok Guru Nik Aziz menerima rasuah.

Jemput baca artikel kickdefella mengenai derma ini - Tu Diaaaaaaa Bhg 2 : Tauke ‘Derma’ Kekal Mursyidul Am PAS. Dia lampirkan surat-surat penderma, yang mana perderma tersebut menderma di atas projek.

Ada komentar di artikel saya - Kickdefella Fitnah - Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan - mengatakan bahawa :

"imho, blogger yang menulis artikel di atas membuat pembacaan berpilih.... kalau dia betul-betul membaca, di boleh jumpa surat nie dalam entri bulan mMarch di blog kickdefella:

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/"

Dan, dia lampirkan gambar ini di tranungkite.net,


Sila ke blog kickdefella untuk melihat surat derma yang banyak lagi.

Saya bingung, apa kaitan gambar di atas dengan kenyataan kickdefella? Sepertimana yang didakwa:

"Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka." - Kickdefella

Mana ayat di atas yang boleh disabitkan dan disamakan pada surat-surat derma yang dilampirkan? Mana?

Cubaan jahat kickdefella untuk mengaitkan Tok Guru Nik Aziz dengan rasuah, apakah itu boleh diterima akal?

Apakah derma terang-terangan ini boleh disabitkan dengan rasuah? Jika boleh disabitkan mengapa anda tidak melaporkan kepada SPRM? SPRM tengah merindui anda sekarang kickdefella untuk mengadu domba apa yang anda rasai sekarang, anda merasakan PAS Kelantan diselebungi rasuah yang terlalu banyak.

Apakah ini modus operandi yang sama dengan blogger celaka yang mengatakan bahawa mereka ada dokumen yang ada pimpinan PAS ingin berbaik dengan UMNO? Ya! Mereka menyalak-nyalak macam anjing dari dulu sampai sekarang, sehingga sekarang pun tiada bukti yang dilampirkan. Mereka menyalak-nyalak untuk kepuasan diri sahaja.

Saya ingin bertanya kepada pembaca, apakah menerima derma salah? Sebagai contoh PASTI, surat yang dilampirkan di blog kickdefella jelas, syarikat yang menawarkan derma, bukannya PASTI yang memintanya.

Akhir sekali, saya ingin mencabar kickdefella dan penyokongnya untuk membuktikan kenyataan ini:

"Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka." - Kickdefella

Jika tidak dapat buktikan, jangan menyalak-nyalak macam anjing, mengganggu ketenteraman orang ramai yang ingin melihat PAS memerintah Malaysia.

Sekian

Aduka Taruna kecelakaan melebihi kickdefella

Satu lagi blogger celaka yang lupa nak diletakkan bahagian celaka adalah - Aduka Taruna - dia jahat lagi daripada kickdefella sebab pernah menghina isteri Nabi, Aisyah r.a.

Tiada modal, dan tiada satu artikel yang memberangsangkan otak apabila mengatakan semua ahli PAS Kelantan adalah pengotor, satu tuduhan yang amat-amat bodoh daripada seorang yang bodoh yang terlampau bodoh.

Kenapa sebegitu mindanya? Memang patutlah, jika dia tidak bodoh dan bebal, dia tidak akan hina isteri Nabi.

Anda tidak percaya dia hina nabi? Tanya Ustaz Maza - Asri Zainal. Ada artikel khas mengenainya di blog tersebut.

Dr Maza : Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W

Terbukti dia adalah antara blogger upahan UMNO disebabkan tiada hukuman pun dikenakan ke atas kesalahannya. Keluar sahaja lokap terus kutuk PAS.

Patutlah blogger celaka pilih kickdefella

Antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz

Dah letih layan tulisan berfakta dengan geng usrah barbican, aku nak tulis santai ajelah. Santai ni juga bukan perkataan aku sebagaimana perkataan blogger celaka. Kalau Ezam Mohd Nor kagum dan meniru gaya percakapan Anwar, masuk UMNO pun masih bercakap macam dan gaya Anwar.

Penulisan dan gaya percakapan sebenarnya boleh ditiru dengan pelbagai tujuan. Saya sekadar beritahu sahaja, nak percaya atau tidak anda semua ada akal boleh berfikir. Jangan nanti orang gelak kerana kebodohan kita "mencari hantu".



1. Kickdefella

Telah dibawa oleh YB Husam bersama dengan PAS Kelantan bagi memajukan Kelantan, masa itu dia masih UMNO. Dia telah mendedahkan penyelewengan PAS Kelantan. Nak tahu intipati sebelum pendedahan bermula Kicdefella mula tidak menulis dan akhirnya dia menulis semula. Fahami kickdefellah bermula di sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/10/

Dia adalah manusia yang cuba untuk membersihkan PAS Kelantan daripada penyelewengan, korupsi dan tidak amanah dalam pembahagian harta kekayaan negeri.

Dia juga cuba membetulkan PAS Kelantan.

2. Tok Guru Nik Abdul Aziz
Walaupun nampak macam warak dia berbohong, dia pecah amanah. dia membahagikan harta kekayaan untuk anak beranak dia. Walaupun dia mendermakan sebahagian gajinya dia tamak harta dan kaut harta untuk anak beranaknya.

SIAPA PILIHAN ANDA.
SIAPA YANG BENAR?

Anda boleh berfikir, jangan satu perkara sahaja anda orang boleh ubah persepsi anda sebagaimana iklan di media, misalnya TV.

Sumber : http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/antara-kickdefella-dengan-tok-guru-nik.html

Kickdefella & Wan Joe nyanyi lagu kita serupa...

Saya terbaca artikel Batu Api - Tulang besi cuba alih isu sebenar - tergamam, bukan melihat botol barbican, akan tetapi melihat nama Wan Joe, begitu popular. Popular pasal apa?

"Lagi mudah misalnya Wan Jo, pemandu Exco akan datang ambil dia di rumahnya untuk buat Usrah dengan Exco bagi membincangkan bagaimana maklumat dan strategi menaik dan menurunkan imej kepimpinan. (Jangan cabar saya dedah, nanti saya akan sebut nama Exco berkenaan, siapa pemandu yang diarah akan pi ambil Wan Jo dan di mana dia bertemu - ada beberapa tempat. Saya dinasihati kawan jangan dedah aib seseorang melainkan memberikan keinsafan akan tugas sebenar sebagai daie)" - Batu Api


Siapa exco tersebut? Adakah exco tersebut ada kaitan dengan entri pendedahan Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan? Pada ayat ini -

"Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak tahu menahu hal ‘derma’ ini bila di dalam insiden terakhir Nik Aziz terpaksa berdebat dengan salah seorang exco yang cuba menghalang tindakan tidak bermoral ini berterusan. Hingga akhirnya Nik Aziz terdiam bila exco berkenaan terpaksa membaca ayat Al Quran yang mengkehendaki kekayaan dibahagikan sama rata dan bukan kepada golongan tertentu sahaja.

Saya tidak berhasrat mendedahkan maklumat terperinci kerana ini berkisar kepada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) dan saya tidak mahu ada ahli exco yang akan melenting dan mendakwa bahawa apa yang saya sebut melanggar Akta Rahsia Rasmi dan ada lagi gesaan supaya siasatan dibuat terhadap ahli exco yang membocorkan rahsia yang dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri." - kickdefella


Ada kaitankah? Enchek Batu Api, sudikah anda menjawab, ada kaitankah exco ini dengan ayat kickdefella di atas?

Jika exco yang sama, saya mengharapkan exco tersebut memperlahankan rentaknya, insaflah, janganlah terlalu gopoh untuk naik sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Menjatuhkan kawan untuk kepentingan sendiri.

Kickdefella Fitnah - Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan

Saya ingin menjawab entri kickdefella - Celako, celako, celako - yang mendedahkan Laporan Postmortem PRU 12 PAS Kelantan.

Saya ingin bertanya kepada kickdefella, siapakah exco yang tergamak mendedahkan perjalanan mesyuarat exco berdasarkan kenyataan anda ini?

"Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak tahu menahu hal ‘derma’ ini bila di dalam insiden terakhir Nik Aziz terpaksa berdebat dengan salah seorang exco yang cuba menghalang tindakan tidak bermoral ini berterusan. Hingga akhirnya Nik Aziz terdiam bila exco berkenaan terpaksa membaca ayat Al Quran yang mengkehendaki kekayaan dibahagikan sama rata dan bukan kepada golongan tertentu sahaja.

Saya tidak berhasrat mendedahkan maklumat terperinci kerana ini berkisar kepada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) dan saya tidak mahu ada ahli exco yang akan melenting dan mendakwa bahawa apa yang saya sebut melanggar Akta Rahsia Rasmi dan ada lagi gesaan supaya siasatan dibuat terhadap ahli exco yang membocorkan rahsia yang dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri." - kickdefella
Saya mohon exco tersebut meminta maaf kepada umum jika dia melakukannya, akan tetapi jika fitnah daripada kickdefella kita mohon Allah melaknat kepada fitnah ini. Akan tetapi ahli mesyuarat exco mesti tahu, kerana mereka ada dalam itu dan tahu siapa yang berhujah kepada TGNA pada waktu itu, exco bukan ramai hanya ada sedikit, mudah untuk mengesan exco tersebut.

Memelikkan, saya tercari-cari pada gambar dokumen postmortem yang ada di blognya, tiada satu perkataan pun yang menyerupai ayat-ayat ini,

"Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka." - Kickdefella

Apakah dokumen yang didedahkan itu semata-mata hiasan untuk mengaburi mata-mata pengunjung, yang ingin menguatkan hujah ayat di atas? padahal ayat di atas tidak ada kena mengena pun dengan dokumen yang didedahkan.

Sila lihat dokumen bahagian kewangan,


Klik pada image untuk melihat lebih detail

Di mana ayat-ayat yang menjelaskan bahawa "janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit"? Di mana?

Fitnah yang terang-terangan yang telah dilakukan oleh kickdefella. Adakah anda ingat? rakaman audio yang didedahkan oleh Tulang Besi yang melibatkan pertemuan blogger bersama Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin? Ia merupakan modus operandi yang hampir sama. Memutar belitkan fakta yang ada. Lain audio tu cakap lain pula yang diulas.

Memang anda kickdefella celako, celako dan celako.

Munafik yang berlegar dalam PAS

Ada orang bertanya kenapa di bahagian link blog saya hanya ada kickdefella sahaja di Blog Celaka, sedangkan ramai lagi yang celaka, termasuk Tulang Besi, Wan Joe, Zainulfakar dan lain-lain.

Saya hanya memasukkan kickdefella di blog celaka kerana di sahajalah yang layak. Lain-lain blog yang dinyatakan tidak layak dimasukkan ke bahagian tersebut, kerana mereka lebih jahat lagi daripada kickdefella.

Mengapa mereka jahat?

Kickdefella saya kagum dengannya, sebab dia terang-terangan memusuhi PAS, dan dia bukan ahli PAS pun. Dan, blog yang lain adalah ahli PAS.

Saya ingin bertanya, kafir dan munafik mana lebih bahaya?

Pastinya, munafik!.

Sekian.

Musyidul Am PAS yang saya kenali

Wan Nik Wan Yussof

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253, maksudnya: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan".

Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.

Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.

Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskan religiously charismatic.

Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.

Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-bukti religiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.

Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic.

Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah (al-Baqarah 2: 253) bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”.

Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.
Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT.

Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).

Sembahyang berjemaah

Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau makmum sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama.

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.

Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi.

Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad); “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian.

Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.

Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.

Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah ‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin.

Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.

Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).

Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.

Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi - memartabatkan agama dan mengurustadbir dunia dengan agama - dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini.

Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25953:musyidul-am-pas-yang-saya-kenali-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Kickdefella mohon maaf blogger celaka,baiknya mereka

Kickdefella memohon ampun kepada blogger celaka kerana termasuk menjadi celaka bersamanya, menjadi sumpahan dan celaan kepada orang-orang yang mempertahankan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Saya secara peribadi menghormati kickdefella kerana beliau berjaya memberi gula-gula kepada blogger celaka untuk duduk diam dan menikmat gula-gula sambil melihat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz diterajang, disepak, dihina dan diperlakukan sesuka hati oleh kickdefella.

Mengapa saya berkata demikian? Tidak semestinya kickdefella kena berjumpa dengan blogger celaka ini menyatakan kebersamaan mereka. Tetapi mereka semua adalah satu perjuangan, satu matlamat iaitu menghuru harakan kepimpinan PAS yang ada.

Memulakan huru hara dengan isu Kerajaan Perpaduan yang menunjukkan kebersamaan mereka menentang Tuan Guru Haji Abdul Hadi bersama Ustaz Nasaruddin. Dan berjaya melaga-lagakan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dengan kepimpinan pusat. Namun kejayaan mereka hanyalah menghuru harakan, untuk memisahkan dan memecahbelahkan PAS mereka tidak berjaya.

Anda percayakah blogger celaka tidak ada kaitan langsung dengan kickdefella?

Soalan tersebut akan terjawab jika saya bertanya,

Adakah anda percaya bahawa kickdefella seorang peminum arak yang tegar?

Jika ditanya soalan-soalan itu kepada kickdefella pasti dia menjawab bahawa "TIDAK". Itu lazimnya apabila perkara ini disepakati bersama. Adakah anda hendak mengheret lain-lain setelah berpakat? Pastinya "TIDAK".

Walaupun di artikel kickdefella yang terbaru iaitu - Mohon Maaf - mengatakan sejak dari dahulu lagi dia tidak minat bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan, saya ingin bertanya, mengapa kamu terima jika kamu tidak mahu? Adakah masuk ke dalam Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat maklumat sepertimana didedahkan, iaitu laporan Postmortem Pilihan Raya ke 12 PAS Kelantan. Itu buktinya.

Dia mengatakan di dalam artikel tersebut -

"Apa yang saya dedahkan selepas kontrak saya ditamatkan bukanlah dokumen yang ada pada saya sewaktu saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri. Dokumen-dokumen tersebut diserahkan dan terus diserahkan kepada saya oleh pelbagai pihak selepas saya tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan."

Persoalan saya, mengapa orang itu tidak mendedahkan sendiri, adakah orang itu bacul sehinggakan menggunakan kickdefella? Apakah kickdefella balaci kepada makluk yang ingin merosakkan PAS dari dalam?

Dan juga dalam artikelnya menyebut -

"Sekembalinya saya ke Kelantan saya terkejut dengan pelbagai aktiviti tidak ‘Islamik’ di dalam PAS Kelantan. Saya terkejut dengan rasuah, nepotisme dan kronisme yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya terkejut dengan cantas mencantas dan politiking yang hampir melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan."


Tuduhan berat di atas tidak pernah disertakan bukti, jika PAS Kelantan mengamal rasuah, sila laporkan kepada SPRM, kerana PAS tidak sama dengan UMNO, dia tidak kebal. Jika lapor pagi SPRM akan segera siasat pada tengah hari. Itu adalah SPRM.

Mengapa saya mengatakan blogger celaka bersama dengan kickdefella?

Kerana hal inilah, kickdefella mendedahkan tanpa ada sebarang bukti yang boleh menyebabkan PAS Kelantan tersabit dengan rasuah. Ini adalah fitnah, jika dia membuat pendedahan dan PAS Kelantan disabitkan kesalahan saya akan percayakan dia.

Blogger celaka bersama dengan kickdefella dengan cara menjadi bisu ketika kickdefella mencaci, menghina, memperlekeh, menerajang, menyepak dan membuli Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Di mana mereka sewaktu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz diperlakukan sedemikian, di mana mereka?

Ooooo sewaktu nak hentam Tuan Guru Haji Hadi mereka bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Waktu ini, mereka bersama-sama makan pop corn bagaikan menonton wayang yang dibuat oleh kickdefella. Mereka tergelak-gelak, ketawa mengekek-ngekek sambil minum air barbican perisa peach dan stawberry. Menghembuskan asap sisha dengan penuh kepuasan, dalam hati mengatakan "padan muka Nik Aziz!".

Hai ahli usrah barbican!


Saya cadangkan jika tidak mahu mempertahankan PAS sila keluar dari PAS.

-

Permainan Media - cubaan jatuhkan integriti TG Menteri Besar Kelantan

Saya bersetuju dengan tajuk berita oleh Moh Nor Yahya yang disiarkan dalam Tranungkite.net. Sebaliknya saya tidak setuju, malah saya mengutuk tajuk berita Bernama.com dan Sinar Harian pada 5 April 2010. Pun begitu, saya paling tidak senang dengan cara laporan Sinar Harian. Lihat paparan tajuk berita yang dilampirkan.
























Sinar Harian, dilihat jelas memanipulasikan berita, dan berniat untuk melaris jualan semata-mata, kerana teknik menggunakan wajah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz boleh ditafsirkan secara tidak ikhlas apabila mengaitkannya dengan isu penulis blog.













Bagi wartawan, tidak sepatutnya persoalan apa yang ditulis oleh blogger itu dikemukakan kepada seorang Menteri Besar. Lebih-lebih lagi apabila bloggers yang telah dikenali berpihak dan menentang kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Sehubungan itu, para pembaca hendaklah mempunyai prinsip penilaian yang rapi dan bersifat menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu tema yang dipaparkan media cetak dan elektronik serta maya (internet).

Ingatlah akan firman Allah (al-Hujurat 48:6)bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Semuga semua pihak berfikiran rasional dan mempertimbangkan sesuatu berita itu secara articulate dan cerdas. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetauhi di atas sesuatu yang berlaku dan niat hamba-Nya.

Sumber : http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/04/permainan-media-cubaan-jatuhkan.html

Sarapan pagi seorang Menteri Besar, pandangan saya

Saya terbaca satu artikel daripada Cikgu AlHusseyn yang bertajuk Sarapan pagi seorang Menteri Besar yang diambil daripada tulisan Wan Rusma Deris dan terlintas untuk menulis sedikit mengenai artikel ini kerana gambar TGNA cukup menyetuh hati saya.

TGNA seorang yang cukup zuhud dan ramai dikalangan pimpinan PAS pun begitu juga kerana mereka ditarbiyah begitu melainkan jika ada program-program tertentu menyebabkan watak, pakaian dan cara makannya nampak semacam asing.


Walaupun banyak gambar dan cerita dilihat serta didengar tentang TGNA, tapi malangnya kadang kala pertimbangan kita hilang bila tersebarnya maklumat-maklumat yang bercanggah dengan apa yang kita ketahui sebelum ini.

Misalnya apabila Kickdefella menulis Nik Aziz Berbohong maka kita terikut-ikut mengatakan Nik Aziz berbohong sedangkan kita tidak tahu menahu secara mutlak apa yang diceritakan. Apakah hujah pada kertas Post-Mortem Pilihanraya sudah cukup untuk menghukum kesalahan kepada TGNA sedangkan perkara sebenar diluar akal pemikiran.

Apakah orang yang hidup sekadar makan apa yang ada, tinggal dirumah yang tidak mengambarkan seorang MB selama 20 tahun adalah mereka yang curang dalam amalan Islam, tidak amanah? Sempit sungguh ukuran dibuat.

Satu misalan dibuat, TGNA lewat untuk datang ke satu-satu program/majlis terus mengatakan Nik Aziz tidak layak sebagai Menteri Besar sebarang usul periksa dilakukan kenapa dan mengapa?

Kalau itu sikap ahli PAS, tidak lebih dan tidak kurang sama sahaja seperti Kickdefella bila sesuatu perkara tak memenuhi citarasanya terus dituduh begitu rupa sekali.

Kalau manusia ini wujud zaman Rasulullah s.a.w. yang menegur bagaimana membenihkan kurma nescaya mereka ini akan mengatakan Rasulullah s.a.w. bodoh (sedangkan itu bercakap dengan sifat Rasulullah s.a.w.) kerana memberikan nasihat tak betul!!!

Perkara yang sama juga berlaku kepada Presiden PAS. Adakah orang ini yang tamak, dengki dan inginkan jawatan. Ingin bersama dengan UMNO sedangkan sebelum ini saban hari kita dihadamkan dengan Amanat Haji Hadi?

Kita percaya tentang UG adalah nak masuk UMNO kerana ada blogger yang kata demikian. Mana akal kita? Apakah itu sumber yang sahih? Apakah maklumat itu lengkap sperti yang dikatakan?

Sempit dan bodohnya kita apabila suara media oleh blogger celaka yang mengubah persepsi kita atas tujuan tertentu. Sedangkan kita tak tahu apakah niatnya? Tidak hairan ada orang yang alim warak boleh mendoakan kemudaratan kepada Musa a.s. Qarun boleh menolak zakat atas kekayaan yang ada.

Manusia berakal adalah manusia yang tidak mudah dimanipulasi oleh sesiapapun sehingga dia berlaku zalim kepada orang yang sepatutnya.

Sumber : http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/sarapan-pagi-seorang-menteri-besar.html

Kickdefella ejen UMNO dibantu oleh blogger celaka

Anda kenal orang dalam gambar di bawah ini? Orang ini telah menghina dan mengejek Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Adakah anda tidak marah? Adakah anda menyukai kelakuannya?Jika anda tidak marah dan menyukainya anda memang tergolong dengan orang UMNO dan blogger celaka.



Siapa dia kickdefella? Mengapa dia menjadi tersohor? Ia persoalan terawang-awang ketika mana orang yang tidak mengenali kickdefella.

Kickdefella adalah orang filem, pernah bekerja dengan Che Det, tidak berkerja dengan UMNO setelah Pak Lah menerajui UMNO, samada diberhenti disebabkan tiada projek ataupun disebabkan Pak Lah itu lemah kita tidak mengetahuinya.

Setelah berhenti bekerja dengan UMNO, Kickdefella dijemput balik Kelantan dan bekerja di PMBK untuk membantu Tok Guru yang beliau hormati sewaktu ketika dahulu. Maka bermulalah episod-episod drama yang diterajui oleh kickdefella di PMBK.

Beliau pernah ditangkap disebabkan blog beliau memperkenalkan gambar bendera terbalik, ditangkap dan siasatan dilakukan, akhirnya beliau dibebaskan.

Setelah beliau dibebaskan maka bermulalah episod-episod mendebarkan di Kelantan. Apa episod-episod itu?

1) Beliau melaga-lagakan pimpinan PAS Pusat dengan PAS Kelantan, terutama Dato' Husam dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

2) Beliau melaga-lagakan Tok Guru Nik Aziz dengan Tok Guru Haji Hadi.

3) Menghina Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Tok Guru Haji Hadi sebelum dan ketika muktamar berlangsung.

4) Beliau menghangatkan lagi fitnah-fitnah kononnya Kerajaan Perpaduan masih lagi dilangsungkan dan sekali lagi cuba melaga-lagakan Dato' Husam dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Akhirnya beliau disaman oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa di atas fitnah yang beliau lemparkan.

5) Beliau disyaki menghubungi SPRM untuk menyiasat Arif Fahmi selaku menantu Tok Guru di atas perlantikan menjadi CEO di PMBK, bermula dengan menerbitkan akta-akta SPRM yang baru ditafsirkan.

6) Beliau ditendang oleh Arif Fahmi serta merta dengan alasan kickdefella tidak berkerja secara baik di PMBK.

7) Selepas ditendang, kickdefella terus menyerang Arif Fahmi sehingga Arif Fahmi meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK. Dengan alasan dia ingin menjaga Tok Guru supaya tidak ditipu oleh menantunya. Namun, alasan itu semata-mata alasan.

8) Setelah Arif Fahmi meletakkan jawatan secara rasmi, kickdefella terus lagi menyerang Arif Fahmi dan Amalina selaku isteri yang membela suaminya.

9) Dan, setelah puas menyerang Arif Fahmi sekeluarga, dia membuka episod baru dengan menyerang Tok Guru Nik Aziz yang selama ini dia mengaku yang dia membuat semua perkara di atas semata-mata dia sayang kepada Tok Guru Nik Aziz.

10) Kickdefella menyerang Tok Guru dengan isu derhaka kepada Sultan Kelantan, selepas itu dengan isu balak yang semata-mata ingin memburukkan Tok Guru.

11) Selepas itu, kickdefella seperti bekerja dengan seseorang yang berada di dalam Istana, yang suka melihat Pemangku Sultan sekarang jatuh.

12) Jika anda tidak percaya, sila lihat di blognya, dia melaporkan segala aktiviti Sultan apabila Tengku Anis dan Tengku Temenggong ada di samping. Sebagai contoh, Sultan bersiar-siar di luar Istana, beliaulah yang mula-mula membuat pengumuman.

Episod-episod di atas merupakan ringkasan tentang apa yang telah berlaku di Kelantan, dan anda semua percayainya. Sehinggakan di minda anda sekarang, memang SAH, kickdefella memang ejen UMNO yang berjaya menyusup ke dalam PAS dan dibantu oleh blogger-blogger celaka.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ali Zaidan di blognya:

"Bukan sayang sangat pun TGNA, tetapi demi menghancurkan kredibiliti TGHH, maka jadikan 'sayang TGNA' itu sebagai perisai."

Geng di bawah ini bersama dengan Tulang Besi mesti gembira dan ketawa apabila TGHH dan TGNA jatuh, namun mereka mesti ingat, yang bathil tetap bathil, merekalah akan jatuh nanti sehingga tidak bersisa.




Adakah anda semua ingin bersama dengan blogger celaka dalam neraka nanti? yang mengkhianati perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS?

Katakan TAK NAK! kepada blogger celaka.

-

Blogger celaka berdiam diri kerana takutkan kickdefella

Saya masih ingat lagi ketika saya berada di Gombak, kawan saya memaklumkan saya bahawa PAS Kelantan telah ada tenaga pakar dalam hal multimedia dan juga dia memaklumkan saya bahawa kickdefella yang dilantik untuk menguruskan hal GMC.

Saya hanya mengucapkan kesyukuran kerana ada tenaga pakar untuk mengendali segala urusan mengenai multimedia di Kelantan untuk membantu Tok Guru untuk terus mentadbir negeri Kelantan.

Namun, panas tidak sampai ke petang, hujan di tengah hari.

Bermula dengan isu Kerajaan Perpaduan seterusnya isu menantu Tok Guru dan sehingga kini beliau semakin galak menyalak mengutuk dan mencaci Tok Guru.

Dulu, memuji dan menyanjungi Tok Guru bagaikan dewa, setelah Tok Guru tidak dapat digunakannya lagi beliau menyumpah dan mengutuk Tok Guru di dalam blognya seperti mana anda semua saksikan sekarang.


Gambar ketika Kickdefella mempunyai kepentingan

Walaupun ia merupakan satu kesilapan mengambil kickdefella untuk bekerja namun itu merupakan satu kesilapan yang boleh dianggap sebagai pengajaran. Pengajaran untuk lebih berhati-hati.

Saya pelik. Ketika isu Kerajaan Perpaduan panas, ramai blogger-blogger yang sependirian dengan kickdefella, dan mengaku bahawa merekalah yang mempertahankan dan berdiri teguh di belakang Tok Guru, dan sanggup mempertahankan Tok Guru tidak kira masa.

Ketika itu blogger yang tersohor dalam menentang Kerajaan Perpaduan ialah kickdefella, zainulfakar, tulang besi, penarik beca, wan jo dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan orang dalam gambar di bawah adalah orang yang anti Kerajaan Perpaduan dan menyokong Tok Guru Nik Aziz sepenuh hati, yang dikenali sebagai ahli usrah barbican:



Hanya satu sahaja persoalan saya : Di mana kamu semua sekarang ketika TGNA dihina, dicaci, dimaki, dihamun oleh kickdefella?

Adakah kamu semua tergolong dalam blog-blog celaka yang diketuai oleh kickdefella?

Adakah dokumen sulit PAS Kelantan yang didedahkan oleh kickdefella telah dikongsi bersama dengan usrah barbican?

Adakah Wan Jo atau Zainulfakar yang bekerja dengan PAS Pusat memberikan kickdefella dokumen tersebut?

Memang celaka mereka-mereka itu!

Cikgu Pa dan Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam

Saya telah berjanji untuk menulis mengenai Cikgu Pa dan Tulang Besi. Hari ini saya tunaikan janji saya dan kenapa saya menangguh begitu lama sebelum saya menulis perkara ini saya akan penjelaskan pada tulisan ini nanti.

Cikgu Pa semua orang kenal. Antara manusia dalam PAS yang berani "break" semangat 16 September. Memang dia sengaja. Masa buat sidang akhbar di KL dia boleh minta padamkan kamera video tetapi seolah-solah sengaja menyuruh menulis beberapa perkataan yang cukup sensitif.. apa yang disebut dan tidak mahu dirakamkan. Dibuat lagi sidang di akhbar di Terengganu.

Hasil makluman "segera" daripada pihak akhbar harakah juga, TGNA mengamuk sakan!! TGNA selepas itu ke KL ditumbuk-tumbuknya gambar muka Cikgu Pa sambil berkata kalau saya muda saya ludah dia ini. (bahasa TGNA dialih dengan bahasa yang mudah faham) Malam itu TGNA berceramah di Taman Melewar semua orang tahu bagaimana marahnya TGNA.


Tak sampai 3 hari, Cikgu Pa ke Kelantan, akhbar menyiarkan bagaimana "erat"nya Cikgu Pa dan TGNA. Boleh gosok belakang kata orang kampung isteri saya.
Dulu cerita bagaimana PAS Besut bermasalah semasa Ustaz Abdul Latiff menjadi YDP. Cikgu Pa ke sana untuk selesaikan masalah, walaupun keadaan genting dinasihati jangan pergi, Cikgu Pa atas tanggungjawab dia pergi juga. Keretanya dipecahkan cermin. Dia dihadang kaki semasa nak masuk, lalu rebah dan seorang yang nak memukulnya tangan terkena muka Cikgu Pa.

Ini membuatkan timbul berita Cikgu Pa kena tampar. Saya mendapat maklumat daripada waris Abe Jak, orang yang mengeliling Cikgu Pa pada masa itu. Bukan sebarang orang boleh ke sana. Besut macam Kelete, geng "gedebel" juga diperlukan. Ustaz Abdul Latiff sekejab bersama UMNO. Cikgu Pa masih dalam PAS sehingga hari ini dan membayar yuran keahlian.

Akhirnya isu itu selesai Cikgu Pa sihat walafiat!!

Timbul isu "blogger celaka" bernama Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam yang marah kononnya Cikgu Pa buat perjumpaan sulit dengan UMNO selepas sahaja pilihanraya ke-12 selesai. Masa perjumpaan itu status Cikgu Pa ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Ketua Lajnah Politik & Pilihanraya.

Ada dua pihak buat perjumpaan secara rahsia, satu kumpulan berjumpa dengan UMNO. Semua orang tahu ini Cikgu Pa dan satu "kumpulan" lagi berjumpa dengan Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan juga kepada Majlis Syura PAS.

Cikgu Pa ada juga logik buat perjumpaan atas statusnya. Tapi sebaik-baiknya maklum dulu. Sebab itu ada perbincangan selepas itu. Yang satu lagi itu perjumpaan sebelum Presiden berjumpa apa pasal?


Yang ini Bakaq a.k.a Penarik Beca tidak bersemangat untuk mendedahkannya kenapa? Kena tanya Bakaq sendiri. Kalau Bakaq tak nak cerita, cari Wan Jo, blogger Jiwo Kelete dia sumber kepada Bakaq dan Tulang Besi (Seluar Dalam).

Orang kata (saya tak kata) Wan Jo lah bagi nama Suhaimi kepada Tulang Besi pasal apa nama Suhaimi Embong begitu mesra dalam blog Tulang Besi. "Budak seluar dalam cap buaya" ini manalah kenal sangat dengn Suhaimi, kadang kala tersasur sebut Haji. Hanya mungkin luka lama pasal CEO TOP IT masa PAS memerintah Terengganulah membuatkan dendam kesumat kepada Suhaimi membara kembali.

Kicdefella, Tulang Besi, Bakaq Penarik Beca (blog lama), Wan Ji AlBakistani (blog lama), Zainulfaqar, Wan Jo Jiwo Kelete dan beberapa nama lagi (cari sendirilah) pada mula-mula berblog semuanya menggunakan wordpress. Sebab apa? Sebab Tok Gurunya guna wordpress!!!!!

Kalau diizinkan saya akan menulis aliran pemikiran persepsi di internet dipengaruhi oleh penggunaan portal seperti geng TKO (detik, utara dll) dengan PHPNuke, Geng PAS Joomla (harakah, pas kawasan, buletin online dll), Geng Blogspot dsbnya.

Tulang Besi menyerang Cikgu Pa segenap sudut. Saya malas nak links kan tulisan-tulisannya yang hentam Cikgu Pa tak mudah jugalah bahasanya. Kalau anda tak kenal Cikgu Pa, sekadar baca daripada tulisan Tulang Besi pasti anda akan menyangka Cikgu Pa ini Botak Chin, kalau tak pun mesti Man Kerbau.

Selepas itu ada pertemuan antara Cikgu Pa dengan Tulang Besi. Tak sampaipun sehari sekejap aje Tulang Besi @ Selaur dalam terus aje berubah, dia kata Cikgu Pa seorang yang Profesional. Bukan saya kata, Tulang Besi sendiri yang kata dan dilaporkan di akhbar Harakahdaily macam berita besar parti (kena tanya Zul dan Rashidi kenapa?) Wartawan yang melaporkannya pula Zainulfaqar.

Selepas itu beberapa tulisan "blogger celaka" Tulang Besi pun mulai berubah terhadap Cikgu Pa. Saya sertakan beberapa petikan untuk pertimbangan pembaca. Saya pun ambil mana-mana yang sempat sahaja, kalau ambil betul-betul pasti tak terlarat nak ditulisnya dalam artikel ini, mungkin boleh jadi novel.

Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;


Kalau saya Setiausaha Agung pun, saya akan merujuk kepada Pengarah IT PAS Pusat untuk mendapat maklumat-maklumat rahsia sebegini.


Walaupun SU Agung bertanggungjawab terhadap kerahsian maklumat seperti ini, tetapi tanggungjawab menjaga kerahsian maklumat sebegini terletak di bahu Pengarah IT PAS Pusat.

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/siapa-yang-dedahkan-maklumat-keahlian.html
Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.



Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.


http://www.malaysiawaves.com/2010/03/selamatkah-rahsia2-pas-di-bawah.html


Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam menulis;

Saya syak Batu Api ni orang yang bekerja dalam Pejabat Agung PAS. Itu sebab dia boleh dapat maklumat rahsia sebegini.



ps saya sudah "escalate" perkara ni terus ke Setiausaha Agung PAS Pusat. Saya yakin SU Agung sendiri merasa marah dan sedih akan berlakunya perkara ini. Saya 100% yakin perkara ini berlaku tanpa pengetahuan atau restu Setiausaha Agung PAS Pusat.


Saya minta maaf pada SU Agung kerana terpaksa menaikkan isu ini kerana bagi saya kerahsiaan maklumat keahlian PAS adalah isu BESAR dan amanah yang paling besar yang diberikan oleh ahli-ahli parti kepada PAS. Saya yakin Setiuasaha Agung juga bersedih atas berlakunya perkara ini
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/maklumat-keahlian-pas-bukan-rahsia-lagi.html

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/selamatkah-rahsia2-pas-di-bawah.html

http://www.malaysiawaves.com/2010/03/siapa-yang-dedahkan-maklumat-keahlian.html

dan banyak lagi!!!!!

Semua tulisan TB puji Cikgu Pa, kalau tidak pun tidak menuduh Cikgu Pa tetapi memenuduh orang lain. Saya sebut kenapa saya tunggu lama untuk menulis perkara ini. Saya tunggu mana tahu ada satu artikel kutuk Cikgu Pa untuk menolak kepercayaan dalam kepala saya, setakat saya kenal Cikgu Pa, tapi malangnya sampai artikel ini ditulis TB @ Seluar Dalam masih memuji-muji Cikgu Pa. Minta maaf pula tu!!!!

Satu lagi, Cikgu Pa ini kalau tahu guna SMS dikira satu kemajuan yang boleh dibanggakan. Komputer memang buta kayu!! SMS pun buta juga. Kalau tak percaya tanya Zainulfaqar wartawan harakahdaily (bukan harakah) blogger celaka (saya bertanggungjawab dengan Allah dengan perkataan celaka kepada Zainulfaqar!!)

Baru ini, selepas saya dedahkan Tulang Besi tak bayar yuran di mengadu kepada Cikgu Pa. Dia SMS kepada Cikgu Pa. Cikgu Pa ber SMS dengan Tulang Besi?? Adakah ini tanda-tanda awal Khiamat? Kena tanya dalam "Usrah Barbican"

Apakah TB a.k.a Seluar Dalam telah di cucuk hidung oleh Cikgu Pa sehingga boleh ditarik ketengah ketepi? Lembu liar kalau dah dicucuk hidung, dijentik batunya sekali pun tidak lagi melawan!!

Rasanya artikel ini akan disambung.

Sumber : http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/cikgu-pa-dan-tulang-besi-aka-seluar.html

-

Kickdefella semakin melampau menuduh TGNA berbohong

Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.

Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.

Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.

Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah.

Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.

Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera

Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.

Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja.

Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa.

Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita.

Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.

Sumber : http://warkahdaily.blogspot.com/2010/04/kickdefella-semakin-melampau-menuduh.html

-

Tok Guru dikatakan berbohong?

Bulan lepas aku ada menulis, tentang kaedah musuh-musuh Islam menghancurkan Islam. Antaranya ialah dengan membanding-bandingkan kemuliaan dan mukjizat Nabi-nabi. Nabi Isa dikata lebih mulia dari Nabi Muhammad dsb. Klik link ini jika berminat.

Tujuan kaedah ini mudah, supaya umat Islam boleh diprovok dan demi membela Nabi Muhammad, maka umat akan memperendahkan pula Nabi Isa. Nauzubillah.

Kaedah ini diadaptasi pula oleh golongan anai-anai. Mereka banding-bandingkan kepimpinan TGHH dan Almarhum Ustaz fadzil. Atau membandingkan peribadi TGHH dan TGNA.

Bukan sayang sangat pun TGNA, tetapi demi menghancurkan kredibiliti TGHH, maka jadikan 'sayang TGNA' itu sebagai perisai.

Bila matlamat meragukan umat Malaysia dengan TGHH hampir tercapai, serangan beralih pula kepada batang tubuh TGNA.

Seorang yang selama ini memuja TGNA macam Dewa Kayangan, hari ini sanggup melabel wali Allah ini dengan gelaran pembohong.

Aku tidak akan mengulas tentang ada atau tidak usaha meminta derma kepada pihak PASTI sebagai syarat kelulusan projek. Perkara ini terlalu samar. Dedahan Kickdefella hanya surat 'penderma bersetuju menderma' dan bukannya 'tukang lulus meminta derma'.

Melainkan ada surat rasmi dari sekian-sekian exco meminta derma untuk organ parti sebagai syarat kelulusan projek, maka baru boleh mengulas. Sepanjang yg aku baca, tidak ada. Tak tahulah kalau mata terlepas pandang. Banyak sangat surat yang kabur. Jadi untuk itu aku tinggal.

Lebih baik silap tidak mengulas dari silap mengulas.

Ada lompang yang sangat besar pada tuduhan.

Tetapi jika benar sekalipun, mengapa mesti di tuduh TGNA pembohong?. Bukan semua urusan kerajaan sebenarnya di bawah kawalan mutlak TGNA; apatah lagi jika ada anai-anai yang mengacau.

Aku masih ingat ketika TGNA membentangkan usul pengurangan kuasa raja di DUN Kelantan, air matanya tumpah tatkala menceritakan ada pegawai yang berada di bawah hidungnya ditukar tanpa pengetahuan dia sendiri.

Jadi apa bohongnya TGNA wahai Syed Azidi? Dia kata sepanjang pengetahuannya, tidak ada usaha meminta. Maknanya kalau ada, ia di luar pengetahuan dia. Takkan itu pun tak faham? Takkan itu pun nak kata bohong?

Ini satu tuduhan bodoh dan jahat!

Maka di sini aku amat-amat meragui motif pendedahan Syed Azidi. Surat tahun 2000, tapi pendedahan baru tahun ini!

Peram surat tu buat apa? Takkan jadi arak kalau peram.

Tetapi ada golongan Pas Recond yang datang dan membantu membersih maruah Tok Guru? Aku buka 3 blog Pas Recond: General, Tukang buat logo dan kawan baik aku. Dak, takdak satu pun artikel khas membela Tok Guru...

Mana menghilang semua blogger2 yang konon 'bersama' TGNA?

Takkan nak suruh kami? Kami ni 'perpaduang', 'fraksi UMNO', 'pencacai Us Nasha', 'blogger upahan Dr Hasan Ali', 'genetik Melayu lemah', 'penyokong falsafah bidaah kepimpinan ulama', 'puak walak'........

Last sekali, puak ini juga yang terjun ke depan..

Terima kasih banyak-banyak la Pas Recond..

Sumber : http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/04/tgna-pula-yang-berbohong.html

-