Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Nasharuddin jawab Kickdefella - Tiada maklumat GMC


Kickdefella terus senyap, kelu dan seolah-olah tidak dapat berbicara apabila Dato' Paduka Husam menjelaskan perihal RM 4 juta. Kenapa? lawanlah kalau Husam salah, Kickdefella berdiam diri menunjukkan beliau tidak dapat berhujah untuk melawan hujah Husam.

Kickdefella cuba mengheret Ustaz Nasharuddin dalam kancah fitnahnya itu, namun Ustaz Nasharuddin telah menjawab,
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berpendapat selaras sepertimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha parti itu, Dato' Mustafa Ali bahawa PAS diperingkat Pusat mahupun negeri tidak mempunyai maklumat mengenai penubuhan syarikat berkenaan dan sumber kewangan RM 4 juta yang dikatakan oleh penulis blog, Kickdefella. - Ann

Kickdefella menuduhnya,
Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya. - Kickdefella
Ustaz Nasharuddin menjawab,

Walaubagaimanapun, beliau tidak menafikan pernah menghadiri dalam satu majlis penerangan ataupun temubual yang telah diadakan sepertimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan sempena menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu di Kota Bharu. Nasharudin turut memaklumkan bahawa pengetahuannya terhadap syarikat itu hanya sekadar untuk mempromosi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pilihanraya sahaja.

Tindakan yang dilakukan oleh beliau sama sepertimana memenuhi undangan-undangan yang dijemput oleh agensi-agensi media bagi tujuan kempen seperti BBC, CNN, Channel News Asia dan media tempatan yang lain. Ia juga sebahagian daripada praktis untuk menjawab apa jua soalan yang dikemukakan oleh media mengenai parti dan pilihanraya. - Ann
Saya ternanti-nanti jawapan Kickdefella dan juga ternanti-nanti jawapan daripada blogger-blogger lain yang ingin mempertahankan Kickdefella. Anda pertahan Kickdefella secara automatiknya anda adalah musuh saya.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Cik Syed Azidi, kalau nak bermain politik buat la betul-betul. Awak lambung bola, Husam dan Ust. Nasha dah jawab, dan akhirnya nampak sangat awak gagal bermain. Lambungan tu mudah sangat di smash oleh Husam dan Ust. Nasha.

    Kalau nak jadi perkakas UMNO/BN, awak semakin jauh kebelakang. Taktik serangan ketika ini sesungguhnya menambahkan lagi kekuatan dan penyatuan Pakatan Rakyat.

    UMNO/BN hanya diterajui oleh mereka-mereka yang mencari peluang kekayaan semata-mata. Dan lihatlah pemimpin-pemimpinnya hanya merendahkan diri sewaktu berkempen mencari undi ketika pilihanraya sahaja.