Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Pesanan Sultan Muhammad Al Fateh

Tatkala Sultan Muhammad Al-Fateh dalam keadaan yang sakit dan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda sempat berwasiat kepada anaknya:

Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada pegantinya.

Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajipan raja-raja Islam.

Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan yang lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting.

Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam.

Ayahanda berwasiat kepadamu anakanda, hormatilah ulama. Jangan sesekali mengusir mereka dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.

Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmat-Nya yang begitu besar.

Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu.

Dipetik dari Buku ; Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel, Terbitan ; PTS Litera Utama Sdn Bhd.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    setuju