Saya tidak pernah membenarkan akan hal adanya pimpinan atau anggota parti yang membocorkan rahsia parti, berkenaan dokumen yang telah dibocorkan oleh kickdefella iaitu Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Abdullah Amar Nik Abdullah iaitu seperti mana laporan Malaysian Insider:
Kita doakan bersama, supaya hal ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Abdullah Amar Nik Abdullah berkata pihaknya akan membuat siasatan teliti dan secara berperingkat bagi menentukan kebenaran dakwaan itu bagi mengelakkan wujud unsur-unsur tidak sihat dalam parti itu.Katanya lagi,
“Sebelum itu kita akan memastikan kebenaran dakwaan yang ditulis dalam laman blog itu sebelum membuat siasatan di peringkat dalaman,”Oleh itu, penyokong PAS jangan risau, hal ini akan disiasat untuk menentukan bahawa benar ataupun tidak dakwaan blogger kickdefella itu. Jika benar, sudah pasti, pimpinan atau anggota parti terlibat akan diambil tindak sekerasnya.
Kita doakan bersama, supaya hal ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin.