Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Patutlah blogger celaka pilih kickdefella

Antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz

Dah letih layan tulisan berfakta dengan geng usrah barbican, aku nak tulis santai ajelah. Santai ni juga bukan perkataan aku sebagaimana perkataan blogger celaka. Kalau Ezam Mohd Nor kagum dan meniru gaya percakapan Anwar, masuk UMNO pun masih bercakap macam dan gaya Anwar.

Penulisan dan gaya percakapan sebenarnya boleh ditiru dengan pelbagai tujuan. Saya sekadar beritahu sahaja, nak percaya atau tidak anda semua ada akal boleh berfikir. Jangan nanti orang gelak kerana kebodohan kita "mencari hantu".



1. Kickdefella

Telah dibawa oleh YB Husam bersama dengan PAS Kelantan bagi memajukan Kelantan, masa itu dia masih UMNO. Dia telah mendedahkan penyelewengan PAS Kelantan. Nak tahu intipati sebelum pendedahan bermula Kicdefella mula tidak menulis dan akhirnya dia menulis semula. Fahami kickdefellah bermula di sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/10/

Dia adalah manusia yang cuba untuk membersihkan PAS Kelantan daripada penyelewengan, korupsi dan tidak amanah dalam pembahagian harta kekayaan negeri.

Dia juga cuba membetulkan PAS Kelantan.

2. Tok Guru Nik Abdul Aziz
Walaupun nampak macam warak dia berbohong, dia pecah amanah. dia membahagikan harta kekayaan untuk anak beranak dia. Walaupun dia mendermakan sebahagian gajinya dia tamak harta dan kaut harta untuk anak beranaknya.

SIAPA PILIHAN ANDA.
SIAPA YANG BENAR?

Anda boleh berfikir, jangan satu perkara sahaja anda orang boleh ubah persepsi anda sebagaimana iklan di media, misalnya TV.

Sumber : http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/antara-kickdefella-dengan-tok-guru-nik.html

Kickdefella & Wan Joe nyanyi lagu kita serupa...

Saya terbaca artikel Batu Api - Tulang besi cuba alih isu sebenar - tergamam, bukan melihat botol barbican, akan tetapi melihat nama Wan Joe, begitu popular. Popular pasal apa?

"Lagi mudah misalnya Wan Jo, pemandu Exco akan datang ambil dia di rumahnya untuk buat Usrah dengan Exco bagi membincangkan bagaimana maklumat dan strategi menaik dan menurunkan imej kepimpinan. (Jangan cabar saya dedah, nanti saya akan sebut nama Exco berkenaan, siapa pemandu yang diarah akan pi ambil Wan Jo dan di mana dia bertemu - ada beberapa tempat. Saya dinasihati kawan jangan dedah aib seseorang melainkan memberikan keinsafan akan tugas sebenar sebagai daie)" - Batu Api


Siapa exco tersebut? Adakah exco tersebut ada kaitan dengan entri pendedahan Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan? Pada ayat ini -

"Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak tahu menahu hal ‘derma’ ini bila di dalam insiden terakhir Nik Aziz terpaksa berdebat dengan salah seorang exco yang cuba menghalang tindakan tidak bermoral ini berterusan. Hingga akhirnya Nik Aziz terdiam bila exco berkenaan terpaksa membaca ayat Al Quran yang mengkehendaki kekayaan dibahagikan sama rata dan bukan kepada golongan tertentu sahaja.

Saya tidak berhasrat mendedahkan maklumat terperinci kerana ini berkisar kepada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) dan saya tidak mahu ada ahli exco yang akan melenting dan mendakwa bahawa apa yang saya sebut melanggar Akta Rahsia Rasmi dan ada lagi gesaan supaya siasatan dibuat terhadap ahli exco yang membocorkan rahsia yang dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri." - kickdefella


Ada kaitankah? Enchek Batu Api, sudikah anda menjawab, ada kaitankah exco ini dengan ayat kickdefella di atas?

Jika exco yang sama, saya mengharapkan exco tersebut memperlahankan rentaknya, insaflah, janganlah terlalu gopoh untuk naik sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Menjatuhkan kawan untuk kepentingan sendiri.

Kickdefella Fitnah - Post-Mortem PRU 12 PAS Kelantan

Saya ingin menjawab entri kickdefella - Celako, celako, celako - yang mendedahkan Laporan Postmortem PRU 12 PAS Kelantan.

Saya ingin bertanya kepada kickdefella, siapakah exco yang tergamak mendedahkan perjalanan mesyuarat exco berdasarkan kenyataan anda ini?

"Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak tahu menahu hal ‘derma’ ini bila di dalam insiden terakhir Nik Aziz terpaksa berdebat dengan salah seorang exco yang cuba menghalang tindakan tidak bermoral ini berterusan. Hingga akhirnya Nik Aziz terdiam bila exco berkenaan terpaksa membaca ayat Al Quran yang mengkehendaki kekayaan dibahagikan sama rata dan bukan kepada golongan tertentu sahaja.

Saya tidak berhasrat mendedahkan maklumat terperinci kerana ini berkisar kepada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) dan saya tidak mahu ada ahli exco yang akan melenting dan mendakwa bahawa apa yang saya sebut melanggar Akta Rahsia Rasmi dan ada lagi gesaan supaya siasatan dibuat terhadap ahli exco yang membocorkan rahsia yang dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri." - kickdefella
Saya mohon exco tersebut meminta maaf kepada umum jika dia melakukannya, akan tetapi jika fitnah daripada kickdefella kita mohon Allah melaknat kepada fitnah ini. Akan tetapi ahli mesyuarat exco mesti tahu, kerana mereka ada dalam itu dan tahu siapa yang berhujah kepada TGNA pada waktu itu, exco bukan ramai hanya ada sedikit, mudah untuk mengesan exco tersebut.

Memelikkan, saya tercari-cari pada gambar dokumen postmortem yang ada di blognya, tiada satu perkataan pun yang menyerupai ayat-ayat ini,

"Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka." - Kickdefella

Apakah dokumen yang didedahkan itu semata-mata hiasan untuk mengaburi mata-mata pengunjung, yang ingin menguatkan hujah ayat di atas? padahal ayat di atas tidak ada kena mengena pun dengan dokumen yang didedahkan.

Sila lihat dokumen bahagian kewangan,


Klik pada image untuk melihat lebih detail

Di mana ayat-ayat yang menjelaskan bahawa "janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit"? Di mana?

Fitnah yang terang-terangan yang telah dilakukan oleh kickdefella. Adakah anda ingat? rakaman audio yang didedahkan oleh Tulang Besi yang melibatkan pertemuan blogger bersama Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin? Ia merupakan modus operandi yang hampir sama. Memutar belitkan fakta yang ada. Lain audio tu cakap lain pula yang diulas.

Memang anda kickdefella celako, celako dan celako.

Munafik yang berlegar dalam PAS

Ada orang bertanya kenapa di bahagian link blog saya hanya ada kickdefella sahaja di Blog Celaka, sedangkan ramai lagi yang celaka, termasuk Tulang Besi, Wan Joe, Zainulfakar dan lain-lain.

Saya hanya memasukkan kickdefella di blog celaka kerana di sahajalah yang layak. Lain-lain blog yang dinyatakan tidak layak dimasukkan ke bahagian tersebut, kerana mereka lebih jahat lagi daripada kickdefella.

Mengapa mereka jahat?

Kickdefella saya kagum dengannya, sebab dia terang-terangan memusuhi PAS, dan dia bukan ahli PAS pun. Dan, blog yang lain adalah ahli PAS.

Saya ingin bertanya, kafir dan munafik mana lebih bahaya?

Pastinya, munafik!.

Sekian.

Musyidul Am PAS yang saya kenali

Wan Nik Wan Yussof

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS - sentiasa mengutamakan agama dalam berpolitik.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 2:253, maksudnya: "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan".

Selaku pemimpin yang mempunyai sifat ulamak, nilai kepimpinannya adalah religiously charismatic. Peribadi kehidupannya sentiasa mengutamakan ajaran agama. Penampilannya pula adalah berwatak alim, warak, sederhana dan mesra. Dalam menjalankan tugas, keputusannya mengutamakan hukum syarak dan syura. Pengarahannya adalah berpandukan maklumat yang dicari mahu pun yang diberitahu. Pada usia yang menghampiri 80 tahun, fikiran dan fizikal masih kental. Walaupun upaya fizikalnya memerlukan pengawasan perubatan.

Demikianlah rangkap huraian atas tokoh yang dikenali umum, yang terserlah sejak tahun 60-an sampai kini dihormati kekal menerajui Majlis Syura Ulamak melalui jawatan Mursyidul Am sejak dilantik selepas Tuan Guru Yusof Rawa kembali ke rahmatullah.

Pada 29 Mac lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS. Atas pelantikan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini memasuki tahun ke-20 selaku Menteri Besar Kelantan dilihat telah melonjak keyakinan jemaah menghadapi segenap cabaran perjuangan. Meskipun pelantikan tersebut atas sifat penerusan dan pemerkasaan Majlis Syura selepas Pendaftar Pertubuhan mengesahkan pindaan Perlembagaan PAS 2009 lalu, ia tetap dilihat penting untuk PAS selaku sebuah gerakan Islam yang mengutamakan kepimpinan berteraskan religiously charismatic.

Oleh sebab itu, ramai berpendapat kekuatan institusi Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am adalah nilai keagamaan dan kekudusan sifat kepimpinan tertinggi parti dalam membayangi segala keputusan dasar, strategi, pelaksanaan dan pemantauan seluruh organ parti PAS.

Justeru itu, segala penghormatan, pengharapan dan pengupayaan PAS ada jawapannya di sebalik siapa orangnya yang dilantik selaku Mursyidul Am. Hakikatnya jawapan itu ada pada diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz setakat mana yang saya kenal dan sepanjang waktu berada bersamanya di dalam jemaah.

Sehubungan itu, kekaguman saya secara peribadi terhadap bukti-bukti religiously charismatic beliau dapat ditampilkan dan disebut di sini. Antaranya adalah selalu memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan yang berceramah agar bersembahyang Maghrib/Isyak berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah, sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah, semasa berceramah mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja, dan akan mengingatkan tempat untuk bersembahyang apabila bermusafir.

Religiously charismatic boleh difahami sebagai kehebatan mengamalkan prinsip kehidupan selaku pemimpin yang bijaksana dan kental berpegang kepada ajaran Islam. Ia tidak berlaku di kalangan pemimpin biasa atau orang awam. Hakikat sifat keulamakan yang zahir dalam diri rohani dan jasmani Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan manifestasi religiously charismatic.

Meskipun, charismatic difahami sebagai sifat pemimpin yang berupaya mencetus kuasa penarik untuk orang ramai menerima dan menghormatinya, namun apabila charismatic itu diikat dengan religiously, maka kekuatan amalan kepimpinan yang berkarisma itu sebenarnya adalah berteraskan ajaran agama yang merupakan satu anugerah Ilahi yang memantapkan kepimpinan seseorang. Nilai religiously charismatic itu boleh dipadukan dengan ketentuan Allah SWT di dalam mencipta seseorang itu menjadi pemimpin menuruti lunas-lunas agama. Sesuai dengan firman Allah (al-Baqarah 2: 253) bermaksud, “Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan”.

Justeru itu, kelebihan yang Allah kurniakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara yang mungkin dikurniakan kepada para ulamak masyhur yang lain. Oleh itu, nilai karismatiknya adalah terserlah dalam perkara amalan kepimpinan yang dilihat tidak ada pada pemimpin yang sekular.
Dalam konteks memulakan ucapan dan ceramah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, nilai karismatiknya adalah kehebatan seseorang pemimpin itu menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Ia bertujuan untuk mendidik rakyat berteraskan lunas yang jelas, iaitu kalimah Allah SWT.

Hal ini saya yakin tidak mampu dilakukan oleh pemimpin yang tidak komited dengan Islam (tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai ibadat harian). Sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunah Rasulullah SAW” (Riwayat Muslim); “Barang siapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya satu pahala dan satu pahala digandakan sepuluh kali” (Riwayat at-Tirmizi).

Sembahyang berjemaah

Begitu pula, langkah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu berpesan kepada rakan-rakan pimpinan agar bersembahyang Maghrib/Isyak secara berjemaah di mana-mana masjid dalam perjalanan ke tempat ceramah. Kelebihan di sebaliknya adalah mengandungi makna besar sebagai pemimpin yang berjuang di medan politik-dakwah. Ia akan menzahirkan keupayaan pemimpin boleh menjadi imam atau makmum sembahyang di mana-mana tempat bersama-sama rakyat. Sekali gus membuktikan integriti beragama yang secara peribadinya selalu menjaga sembahyang berjemaah dan menjaga serta mendirikan sembahyang sebagai paksi dan tiang beragama.

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini adalah selari dengan sabda Nabi SAW yang maksudnya, “Sembahyang jemaah pahalanya melebihi sembahyang sendirian dengan dua puluh darjat” (Mutafaq’alaih); “tiga orang yang diredai Allah iaitu seorang yang pada tengah malam bangun dan sembahyang, suatu kaum (jemaah) yang berbaris untuk sembahyang, dan satu kaum berbaris untuk berperang” (Riwayat Abu Ya’la).
Hakikat ini akan membezakan pemimpin Islam dengan pemimpin sekular, kerana pemimpin yang sekular akan menepikan amalan sembahyang, lebih-lebih sembahyang berjemaah.

Sementara kehidupan seorang yang warak sudah pasti sentiasa mengamalkan zikir dan selawat bagi mendekati Allah. Bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin jangan tak berzikir, kerana semasa berzikir kita akan dekat dengan Allah. Amalan zikir ini tidak diajar oleh demokrasi, kerana ia tiada dalam aturan demokrasi. Melainkan dalam Islam yang mengajar kita berzikir. Dimulakan dengan Bismillah dan sebutlah sentiasa nama-nama Allah dan diikuti dengan selawat kepada junjungan Nabi.

Seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini selari dengan sunah Nabi, sebagaimana sabdanya bermaksud, “tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah” (Riwayat Ahmad); “perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

Demikian pula, semasa berceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengutamakan menyebut Islam dan tidak sebut parti kecuali bila perlu sahaja. Pendekatan ini dikira menepati dengan uslub dakwah yang mengambil kira semua pendengar dapat menerima atas lunas keislaman bukan kepartian.

Jika banyak menyebut parti, mungkin akan ada sebahagian pendengar akan rasa tersinggung atau menolak hujah yang disebut semasa berceramah. Ia berbeza, apabila hujah agama dijadikan sandaran, maka tidak akan ada orang menolak agama. Apabila mereka memahami agama, dan agama yang difahami itu adalah Islam, maka sampai masanya parti yang memperjuangkan Islam akan dapat difahami dan diterima.

Selanjutnya, sifat pemimpin Islam adalah mengutamakan sembahyang kerana ia tugas wajib hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Sebenarnya bukan sifat pemimpin Islam apabila berpergian (bermusafir), ibadat sembahyang dikemudiankan, sebaliknya mengutamakan makan-minum ketika berpergian.

Saya teringat, betapa Arwah Ustaz Bunyamin Yaakob membandingkan kehebatan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja naik kereta untuk berpergian, maka akan disebut kepadanya ‘masjid mana kita nak berhenti sembahyang’. Sebaliknya, ada seorang pemimpin besar PAS yang lain, sebaik sahaja berpergian perkara pertama yang disebut ialah ‘kita nak berhenti makan di mana’. Demikian cerita Arwah Ustaz Bunyamin.

Maka, pengajaran besar bagi setiap ahli dan pemimpin di jalan politik-dakwah ialah mengingatkan tempat untuk bersembahyang dan menunaikan sembahyang sewaktu bermusafir diyakini akan mendapat berkat Allah SWT di sepanjang perjalanan, sehinggalah kita semua akan sampai dengan selamatnya ke tempat yang dituju.

Ia sesuai dengan amanat Rasulullah SAW apabila menghantar orang-orang mukmin yang akan memulakan perjalanan, baginda bersabda, “semoga Allah membekali kamu dengan takwa, mengarahkan kamu kepada segala kebaikan, melaksanakan bagi mu segala keperluan mu, menyelamatkan agama dan dunia mu, mengembalikan kamu pulang dengan selamat dan memperoleh keuntungan” (Riwayat Ibnu Babawih).

Demikianlah perspektif yang dapat ditonjolkan atas nilai-nilai religiously charismatic kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagaimana usia saya mengenali, mendampingi dan mendapat bimbingannya. Serlahan kepimpinan itu selayaknya akan ramai lagi pemimpin Islam, khasnya kalangan pemimpin parti PAS yang mengikut jejak ilmu politik-dakwah dan keperibadian hidup ibadatnya.

Selayaknya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi kepercayaan untuk meneruskan tugas kepimpinan Majlis Syura PAS dengan jawatan Mursyidul Am, kerana ia memenuhi ciri-ciri Kepimpinan Ulamak yang menguruskan gerakan politik-dakwah, menyambung urusan sunah Nabi - memartabatkan agama dan mengurustadbir dunia dengan agama - dalam era kecanggihan dunia yang mencabar ini.

Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25953:musyidul-am-pas-yang-saya-kenali-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Kickdefella mohon maaf blogger celaka,baiknya mereka

Kickdefella memohon ampun kepada blogger celaka kerana termasuk menjadi celaka bersamanya, menjadi sumpahan dan celaan kepada orang-orang yang mempertahankan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Saya secara peribadi menghormati kickdefella kerana beliau berjaya memberi gula-gula kepada blogger celaka untuk duduk diam dan menikmat gula-gula sambil melihat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz diterajang, disepak, dihina dan diperlakukan sesuka hati oleh kickdefella.

Mengapa saya berkata demikian? Tidak semestinya kickdefella kena berjumpa dengan blogger celaka ini menyatakan kebersamaan mereka. Tetapi mereka semua adalah satu perjuangan, satu matlamat iaitu menghuru harakan kepimpinan PAS yang ada.

Memulakan huru hara dengan isu Kerajaan Perpaduan yang menunjukkan kebersamaan mereka menentang Tuan Guru Haji Abdul Hadi bersama Ustaz Nasaruddin. Dan berjaya melaga-lagakan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dengan kepimpinan pusat. Namun kejayaan mereka hanyalah menghuru harakan, untuk memisahkan dan memecahbelahkan PAS mereka tidak berjaya.

Anda percayakah blogger celaka tidak ada kaitan langsung dengan kickdefella?

Soalan tersebut akan terjawab jika saya bertanya,

Adakah anda percaya bahawa kickdefella seorang peminum arak yang tegar?

Jika ditanya soalan-soalan itu kepada kickdefella pasti dia menjawab bahawa "TIDAK". Itu lazimnya apabila perkara ini disepakati bersama. Adakah anda hendak mengheret lain-lain setelah berpakat? Pastinya "TIDAK".

Walaupun di artikel kickdefella yang terbaru iaitu - Mohon Maaf - mengatakan sejak dari dahulu lagi dia tidak minat bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan, saya ingin bertanya, mengapa kamu terima jika kamu tidak mahu? Adakah masuk ke dalam Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat maklumat sepertimana didedahkan, iaitu laporan Postmortem Pilihan Raya ke 12 PAS Kelantan. Itu buktinya.

Dia mengatakan di dalam artikel tersebut -

"Apa yang saya dedahkan selepas kontrak saya ditamatkan bukanlah dokumen yang ada pada saya sewaktu saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri. Dokumen-dokumen tersebut diserahkan dan terus diserahkan kepada saya oleh pelbagai pihak selepas saya tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan."

Persoalan saya, mengapa orang itu tidak mendedahkan sendiri, adakah orang itu bacul sehinggakan menggunakan kickdefella? Apakah kickdefella balaci kepada makluk yang ingin merosakkan PAS dari dalam?

Dan juga dalam artikelnya menyebut -

"Sekembalinya saya ke Kelantan saya terkejut dengan pelbagai aktiviti tidak ‘Islamik’ di dalam PAS Kelantan. Saya terkejut dengan rasuah, nepotisme dan kronisme yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya terkejut dengan cantas mencantas dan politiking yang hampir melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan."


Tuduhan berat di atas tidak pernah disertakan bukti, jika PAS Kelantan mengamal rasuah, sila laporkan kepada SPRM, kerana PAS tidak sama dengan UMNO, dia tidak kebal. Jika lapor pagi SPRM akan segera siasat pada tengah hari. Itu adalah SPRM.

Mengapa saya mengatakan blogger celaka bersama dengan kickdefella?

Kerana hal inilah, kickdefella mendedahkan tanpa ada sebarang bukti yang boleh menyebabkan PAS Kelantan tersabit dengan rasuah. Ini adalah fitnah, jika dia membuat pendedahan dan PAS Kelantan disabitkan kesalahan saya akan percayakan dia.

Blogger celaka bersama dengan kickdefella dengan cara menjadi bisu ketika kickdefella mencaci, menghina, memperlekeh, menerajang, menyepak dan membuli Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Di mana mereka sewaktu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz diperlakukan sedemikian, di mana mereka?

Ooooo sewaktu nak hentam Tuan Guru Haji Hadi mereka bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Waktu ini, mereka bersama-sama makan pop corn bagaikan menonton wayang yang dibuat oleh kickdefella. Mereka tergelak-gelak, ketawa mengekek-ngekek sambil minum air barbican perisa peach dan stawberry. Menghembuskan asap sisha dengan penuh kepuasan, dalam hati mengatakan "padan muka Nik Aziz!".

Hai ahli usrah barbican!


Saya cadangkan jika tidak mahu mempertahankan PAS sila keluar dari PAS.

-

Permainan Media - cubaan jatuhkan integriti TG Menteri Besar Kelantan

Saya bersetuju dengan tajuk berita oleh Moh Nor Yahya yang disiarkan dalam Tranungkite.net. Sebaliknya saya tidak setuju, malah saya mengutuk tajuk berita Bernama.com dan Sinar Harian pada 5 April 2010. Pun begitu, saya paling tidak senang dengan cara laporan Sinar Harian. Lihat paparan tajuk berita yang dilampirkan.
























Sinar Harian, dilihat jelas memanipulasikan berita, dan berniat untuk melaris jualan semata-mata, kerana teknik menggunakan wajah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz boleh ditafsirkan secara tidak ikhlas apabila mengaitkannya dengan isu penulis blog.













Bagi wartawan, tidak sepatutnya persoalan apa yang ditulis oleh blogger itu dikemukakan kepada seorang Menteri Besar. Lebih-lebih lagi apabila bloggers yang telah dikenali berpihak dan menentang kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Sehubungan itu, para pembaca hendaklah mempunyai prinsip penilaian yang rapi dan bersifat menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu tema yang dipaparkan media cetak dan elektronik serta maya (internet).

Ingatlah akan firman Allah (al-Hujurat 48:6)bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Semuga semua pihak berfikiran rasional dan mempertimbangkan sesuatu berita itu secara articulate dan cerdas. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetauhi di atas sesuatu yang berlaku dan niat hamba-Nya.

Sumber : http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/04/permainan-media-cubaan-jatuhkan.html