Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Kickdefella & Tulang Besi berpakat menghancurkan PAS

Saya pelik dengan entri Kickdefella yang terbaru - Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta. Dan juga saya pelik dengan entri Tulang Besi - Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?. Mereka mempunyai persamaan dan meneruskan agenda untuk menghentam PAS.

Kickdefella - Seolah-olah beliau begitu takut kepada Husam Musa sehinggakan beliau tidak menjawab, kickdefella hanya copy & paste part yang tidak menghentam dirinya. Dan seolah-olah beliau tidak tercabar dengan cabaran Husam yang mengatakan RM4 juta itu fitnah, sepertimana dilaporkan di dalam Harakah Daily.
“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi. - Harakah Daily
Sebaliknya Kickdefella memuji Husam dengan menyatakan,
Terima Kasih YB Dato’ Haji Husam Musa di atas penjelasan itu. Sekarang Husah sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS. Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 Juta untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, kemanakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan? - Kickdefella
Saya hanya ingin bertanya,

1) Apakah Kickdefella sudah mula takut? Kerana Husam Musa sudah memberi respon balas tentang isu RM4 juta.
2) Apakah Kickdefella merasakan takut, kerana bila-bila masa sahaja Husam Musa akan mendedahkan apa sahaja yang telah dilakukan Kickdefella semasa berada di GMC, samada kebaikan mahupun penyelewengan yang berlaku.

Soalan saya tersebut tercetus apabila melihat akan kenyataan Kickdefella,

Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?

Mungkin Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan dan Mohamad Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan mahu mencabar blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua. - Kickdefella

Berdasarkan kenyataan tersebut, melihatkan Kickdefella cuba mengalihkan ketakutannya terhadap Husam Musa sehinggakan beliau sanggup menuduh pemimpin lain tidak berjasa kepada PAS, dan tidak berjasa dalam usaha untuk menjatuhkan UMNO.

Begitu juga dengan Tulang Besi, dia menampakkan kesepaduan isu dengan Kickdefella, tiada usaha untuk menghentam Kickdefella akan tetapi lebih banyak usaha untuk menghentam pimpinan PAS dan cuba sebolehnya untuk memporak-perandakan PAS. InsyAllah, cita-cita mereka tidak akan berjaya. Sebaliknya merekalah akan terlaknat dengan tindakan mereka.

Mengenai kenyataan Tulang Besi ini,

Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi. - Tulang Besi
Dan juga dengan kenyataan yang menghina ulama ini,
Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak? - Tulang Besi
Saya bercita-cita untuk mendengarkan dakwaan ini sekali lagi di Padang Masyar, di hari pengadilan nanti. Kenyataan yang mengandungi maklumat jahat ini pasti tidak akan terselamat di hadapan Allah nanti. Tulang besi dan sesiapa sahaja, hati-hati dalam menyebarkan maklumat.

Bagi kenyataan ini,
Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab. - Tulang Besi
Saya ingin menjawab,

Ulama' yang sebenarnya bergantung kepada Allah semata-mata untuk melindungi mereka, hanya kepada Allah sahaja mereka bergantung untuk terselamat daripada fitnah blogger-blogger celaka seperti Tulang Besi. Ulama' tidak perlukan kami. Akan tetapi Allah memberi kami peluang untuk membela pewaris nabi, kami tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menjadi pembela pewaris nabi ini, InsyAllah ganjaran daripada Allah lagi bernilai daripada mendapat ganjaran dari manusia.
2 Responses
  1. akuhensem Says:

    celakalah kamu wahai tulang besi. manusia seperti ini jika mampus, tak perlu solat jenazah. munafik sedara abdullah ubai!

    tulang besi sudah menjadi sama taraf dgn pencacai umno yg suka menghina ulamak'. tak sedarkah wahai tulang besi, jika kau menyebut ulamak PAS, secara tidak langsung terpalit sekali tok guru nik aziz yg kononnya menjadi idola kau utk berselindung?

    setiap masa ulamak2 yg bersama PAS mengajar dan mengingatkan haramnya judi, arak, zina, fitnah dan sebagainya. tak pernahkah tulang besi dengar kuliah2 mereka ini?

    tulang besi, aku bersumpah disini dengan nama Allah tuhan Muhammad saw, fitnah kau terhadap ulamak yg membela agama Allah akan aku tuntut pembalasan Allah diakhirat! ini sumpah aku!


  2. abgBro Says:

    husam bg point...kick sambung...suaq dalam pun tompang semangkok...

    pas kelate, pas pusat sewajarnye ambil prhatian agenda mrk ini...