Anda kodi jika tidak sertai Facebook ini

Ini bukan iklan racun serangga

Kickdefella lebih lama kerja dengan PAS berbanding Fadhli Shaari

Saya masih lagi memikirkan, kenapa kickdefella memasukkan bualan di antara SU Akhbar yang lama bersama Akmal? Ada apa dengan perbualan ini?

Mohd Saiba: Ustaz Fadli Shaari.

Akmal Ilham: Ustaz Fadli Shaari? Orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Dia masa khemah ibadat terawih di stadium nih, oh, forum perang badar dia pengerusi, dia banyak pengerusi.

Akmal Ilham: Jawatan dia dalam parti godioh (Apa jawatan dia dalam parti)?

Mohd Saiba: Tak dok rasanya.

Akmal Ilham: Oh, tak kenal belaka tuh, orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Tok Guru pun tak kenal eh (Tok Guru pun tak kenal Fadhli Shaari).

Akmal Ilham: Orang ‘mana eh? Sapodio jong (cadang), Abduh kah, Shaari? (Nik Abduh atau ‘Maulana’ Shaari Mustafa)

Mohd Saiba: Ah, Abduh, Shaari, lama ‘dah dia royat kor ana nya, sebelum ‘ni lagi, dia duk sebut nama Fadli, Fadli.

Akmal Ilham: Dok eh, orang ‘mana asal?

Mohd Saiba: Aih, ana tak leh nak royat, Kelantan jugaklah.

Akmal Ilham: Dok eh, takkan tak dok gotuh?

Mohd Saiba: Biodata?

Akmal Ilham: Kegiatan dalam parti kor ‘gapo?

Mohd Saiba: Dok. Ada orang jemput ceramah ‘gitu jah, Kota Bharu rajin jemput.


Adakah dengan memasukkan temubual ini untuk menyatakan,

1) Ustaz Fadhli Shaari adalah budak mentah dalam perjuangan PAS?

2) Adakah ingin membandingkan senioriti anda dengan Ustaz Fadhli dalam PAS?

3) Adakah ingin menghina Ustaz Fadhli dengan memasukkan jawapan daripada Ustaz Saiba yang sememangnya tidak mengenali Ustaz Fadhli?

4) Adakah anda merasa tergugat dengan kemunculan Ustaz Fadhli yang telah mencabar anda, tetapi anda tidak berupaya menjawab?

Jawapan saya,

1) Ustaz Saiba tidak mengenali Ustaz Fadhli dari segi penglibatan dalam parti kerana ahli PAS terlalu ramai. Dan jika anda kenal orang Pasir Mas, mereka amat mengenali Ustaz Fadhli kerana dia adalah pemuda Pasir Mas yang aktif. Kenapa kickdefella tidak tahu? Kerana dia menganggap PAS itu hanya di pejabat MB, dia tidak terlibat dengan PAS di cawangan mahupun kawasan.

2) Kickdefella menganggap dia lebih senioriti daripada Ustaz Fadhli kerana dia telah lama bekerja dengan Tuan Guru, selama 3 tahun, Ustaz Fadhli hanya baru beberapa bulan. Kickdefella tidak sedar yang dia bukan ahli PAS, dan Ustaz Fadhli ahli PAS, Ustaz Fadhli terlibat secara aktif dalam Pemuda PAS, kickdefella tidak. Bagaimana hendak dibanggakan? Kickdefella, jika anda ingin membanggakan senioriti anda, sila masuk PAS dahulu.

3) Kickdefella beralih untuk menyerang peribadi Ustaz Fadhli Shaari tanpa mengenali Ustaz Fadhli terlebih dahulu, dia menyerang Ustaz Fadhli di atas isu yang sememangnya dia kalah dalam isu senioriti. Ustaz Fadhli adalah ahli PAS lebih daripada 3 tahun, bekerja untuk PAS pada awalan remaja, siapa kickdefella untuk memperlekeh ahli PAS ini?

Akhir sekali, kepada kickdefella, jangan bangga sangat dengan bekerja di GMC dan di PMBK selama 3 tahun, itu hanya memalukan orang, orang lain telah bekerja dengan PAS berpuluh-puluh tahun tapi tidak pernah membangga diri dan menganggap diri sebagai senioriti.

Isu GMC, Isu 4 juta merupakan nyawa-nyawa akhir bagi Kickdefella.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Kickdefella hanyalah mencari nama, sebagaimana mat kotak dan geng-gengnya itu maka itulah pasukan mereka.

    matlamat mereka menghuru-harakan pakatan rakyat, kenapa baru sekarang disebutkan RM4 juta, kenapa tidak dulu, apakah ada benda atau maklumat yang sebenar yang cua disorokkan.

    sepertimana salehuddin, setuasaha agung pkr yang kempunan jawatan di darul ehsan, mungkin ada persamaan yang cuba sorokkan beliau.